Tular video di TikTok memperlihatkan busana penyanyi Aina Abdul yang digayakan pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ‘menganggu’ penyanyi rap Noki K-Clique.

Menerusi video yang dikongsikan itu, Noki yang duduk di belakang dilihat mengelak diri daripada terkena busana kembang Aina yang berada di hadapannya.

“Duduk belakang diorang… memang kesian tengok Noki. Beberapa kali dia cuba menepis serangan sayap-sayap tu.

“Tapi lepas itu Glam Team Aina dah betulkan sayap itu kelepet ke depan,” kongsi individu yang merakam momen tersebut.

Rata-rata netizen meluahkan pendapat mereka agar team yang menjaga Aina lebih peka dalam keadaan situasi memandangkan busana itu agak menganggu orang sekeliling.

Selain itu, mereka turut beri cadangan kepada pihak penganjur agar menyediakan ruang tempat duduk khas untuk Aina bagi edisi akan datang.

“Patut team Aina kena cari baju yang boleh tanggalkan hiasan semua itu. Tak pun sediakan dua baju. Satu baju masa persembahan, satu lagi masa sesi anugerah.

“Kesian siapa duduk belah dia kiri kanan depan belakang… popi dilibas dan pemandangan terhalang.

“Lepas ini pastikan Aina ada tempat khas dia… kesian member belakang,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun, ramai netizen terhibur melihat gelagat Noki yang tetap kelihatan ‘gentleman’ dan pasrah biarpun beberapa kali cuba mengelak.

Bagi AJL ke-37, Aina tampil dengan busana berkonsepkan elemen gumpalan awan putih dan menelan kos sebanyak RM90,000 secara keseluruhannya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

@azamreddy Replying to @ns duduk belakang dorang.. memang kesian tgk Noki.. hahaha.. beberapa kali dia cuba menepis serangan sayap2 tu.. tapi lepas tu Glam Team Aina dah betulkan sayap tu kelepet ke depan.. hehe @NOKI K-CLIQUE mmg sporting.. #AJL37 ♬ Payung Pelangi (feat. MK K-Clique) - Noki