Hiburan
Video Gelek Terlampau, Ira Kaza Mohon Maaf
Anak kepada pelakon Kaza Saisi, Ira memohon maaf secara terbuka selepas video tarian geleknya menjadi viral baru-baru ini.
Menyedari kesilapannya, Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin, 21, mengangap perkara yang berlaku itu sebagai pengajaran buat dirinya.
“Saya rasa semua dah sedia maklum dengan video saya yang menjadi viral dan saya ingin mohon maaf kepada semua yang tidak suka dengan tindakan saya.
“Video itu saya dah padamkan dan saya anggap perkara yang berlaku itu sebagai pengajaran buat diri saya.
“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebelum memuatnaik sebarang video atau gambar di media sosial,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak pada pagi Isnin.
Tambah Ira lagi, dia tidak mengetahui tentang video tersebut menjadi viral sehinggalah diberitahu oleh rakan-rakannya.
“Sebenarnya video itu saya muatnaik hanya sekadar suka-suka, tak tahu pula sampai jadi viral.
“Saya dapat tahu perkara ini pun bila rakan-rakan saya khabarkan pada saya mengenai video tersebut
“Saya rasa video ini menjadi viral kerana saya adalah anak kepada seorang pelakon.
“Sebenarnya video itu saya muatnaik hanya suka-suka dan saya rasa perkara ini menjadi viral kerana saya anak seorang pelakon.
“Selepas jadi viral memang banyak komen-komen negatif yang diberikan kepada saya namun benda dah jadi, nak tak nak saya kena terima.
“Bagaimanapun hubungan saya dan ayah baik, tak ada apa-apa masalah pun dan sebagai anak saya terima nasihat yang diberikan oleh ayah dengan hati yang terbuka.
“Sekali lagi saya mohon maaf sekiranya ada yang kurang selesa dengan tindakan saya,” jelasnya yang juga merupakan peserta ujibakat AF2016.
Terdahulu, Ira menjadi bualan hangat di media sosial Ahad lalu apabila dia merakamkan aksi gelek dengan gaya seksi berlatarkan lagu berjudul One Dance nyanyian Drake.
Must-Watch Video