[VIDEO] "Gembira Ayah, Gelak Tak Sudah Lepas Kena Urut" - 'Me Time' Dengan Bapa, Netizen Puji Sikap Norman Hakim
Shahrin Zulkifle
16/10/2022 10:00 MYT
16/10/2022 10:00 MYT
Pelakon Norman Hakim melahirkan rasa syukur apabila berkesempatan menziarahi ayah tercintanya di kampung halaman yang terletak di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.
Jelas Norman, 46, cuti kerja selama dua hari telah dimanfaatkan untuk pulang ke kampung dan sempat memenuhi kehendak ayahnya yang meminta untuk diurut anggota badan.
“Me time with ayah. Alhamdulillah syukur nikmat untuk kesempatan ini, dua hari off kerja terus ke Kuatan.
“Sebelum ini urut tapak kaki ayah tapi tak berani kuat-kuat, tapi hari tu sejak urut badan dia terus kali ini minta urut satu badan lagi.
“Lepas urut dia rasa selesa dan mudah untuk bercakap, Alhamdulillah segalanya dengan izin Allah.
“Gembira ayah, gelak tak sudah lepas kena urut. Lama tak dengar dia gelak besar. Terus rasa macam rasa sebaya,” katanya.
Norman berkongsi momen manis meluang masa bersama ayahnya itu menerusi satu hantaran video terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya memuji sikap Norman yang dilihat sebagai seorang anak yang bertanggungjawab.
Malah tidak kurang juga yang tumpang gembira melihat ayah kepada aktor kacak itu ceria selepas diurut Norman.