Umum sedia maklum, sejak kebelakangan ini, ramai kalangan selebriti tanah air yang mengambil kesempatan untuk menganjurkan sebuah majlis ilmu sebagai pengisian rohani disamping mengeratkan ukhwah di antara mereka.

Terbaharu, pasangan usahawan berjaya Asyraf Khalid dan Tya Arifin menjadi tuan rumah seterusnya yang menganjurkan majlis ilmu tersebut di kediaman rumah mereka baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Tya di Instagram, ramai selebriti yang diundang bersama, antaranya Neelofa, Erra Fazira, Lisdawati, Abby Abadi, Izara Aisyah, Datuk Ziela Jalil, Amira Othman dan ramai lagi.

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Sementara itu, Ustaz Wadi Anuar turut di undang selaku penceramah jemputan.

Dalam pada itu, menantu kepada penyanyi tersohor Datuk Sri Siti Nurhaliza itu turut berkongsi beberapa gambar dan video ketika di majlis berkenaan buat tontonan umum.

Untuk info, Tya dan Asyraf telah mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Arif Jiwa, 5, dan Azzahra Jiwa, 3.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!