Gempak logo
Breaking news banner
Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

[VIDEO] Gimik Lagi? Nabila Razali Padam Semua Gambar Di IG, Gantikan Foto 'Kahwin'! Netizen Speku Jejaka Tu Ialah ...

article-author-avatar
Shahrin Zulkifle 29/11/2022 | 01:00 MYT
[VIDEO] Gimik Lagi? Nabila Razali Padam Semua Gambar Di IG, Gantikan Foto 'Kahwin'! Netizen Speku Jejaka Tu Ialah ...

Tindakan penyanyi Nabila Razali memadam semua hantaran di Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya.

Namun yang mengejutkan lagi apabila Nabila telah menggantikan gambar yang dipadam dengan memuat naik foto memperlihatkan dia bersama seorang jejaka dalam persalinan baju pengantin serba putih.

Pun begitu, gambar yang dimuat naik dalam bentuk kolaj (collage) tersebut oleh pemilik nama penuh Nor Nabila Mohd Razali tidak mendedahkan wajah lelaki berkenaan.

Malah pelantun lagu Peluang Kedua itu turut menutup ruangan balas di laman sosial tersebut sehingga menguatkan lagi andaian bahawa ada sesuatu yang sedang disembunyikan penyanyi berkenaan.

A post shared by Nabila Aulia ♥️ Aisy Mateen (@nabila.razali)

Sementara itu, menerusi beberapa siri hantaran di IG Stories, Nabila turut memuat naik foto yang menunjukkan lokasi majlis perkahwinan di tepi pantai dan beberapa gambar hitam putih yang memperlihatkan jejaka berkenaan memegang sebentuk cincin bersama seutas rantai.

Tidak hanya di Instagram, sebuah video turut tular di laman TikTok apabila seorang pengguna telah memuat naik beberapa gambar yang sama dikongsi Nabila.

Bagaimanapun, salah satu daripada perkongsian tersebut yang memperlihatkan hiasan wedding board di atas meja memaparkan nama yang dipercayai mewakili nama Nabila dan jejaka berkenaan.

Nama tersebut diwakili dengan pangkal huruf Nabila Razali iaitu NR dan jejaka berkenaan dengan nama MK. Namun adakah MK yang dinyatakan tersebut merupakan seorang penyanyi rap terkenal? Ia masih tidak dapat dipastikan.

Tindakan itu sekaligus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat sama ada Nabila sudah melangsungkan perkahwinan secara rahsia atau ia sekadar gimik bagi melancarkan lagu terbaharunya seperti mana pernah dilakukan sebelum ini.

#Nabila Razali #Gimik #MK
;