Tinggal sehari sahaja lagi sebelum acara berprestij Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA 2022) bakal membuka tirai.

Untuk memastikan acara itu berlangsung dengan sempurna, sudah pasti barisan artis yang terlibat dalam membuat persembahan melakukan sesi latihan terlebih dahulu.


Pelbagai perkara menarik berlaku sepanjang sesi latihan berlangsung pada Sabtu.

Antaranya:

1. Keempat-empat hos bagi GMWA2022 iaitu Elly Mazlein, Amelia Andeson, Sean Lee dan Radin memang mantap! Kecoh dibuatnya.

2. Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina memang power sungguh energinya! Ke sana sini, semua mood jadi hype disebabkan Kak Lina. Love!

3. Jangan kata Kak Lina tak payung dik, nak tahu apa Kak Lina buat? Tunggu Ahad ni ya.

4. Pilihan lagu? Uish! Confirm lah meletup! Persembahan semua power-power guys.

5. Namie kata nak buat kelainan, bila ditanya Namie kemudiannya menjawab, “saya akan buat persembahan boik punya, nantikan ya. Insya-Allah”

6. Paling comel apabila Alyph malu-malu di belakang pentas selepas selesai melakukan persembahan.

7. Kak Lina? Sudah tentu dengan karakter lucu-lucu manja. Confirm korang tak sabar nak tengok punya.

Nak rasai kemeriahan GMWA2022? Eh no problem, kami belanja video-video sesi latihan di bawah:

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Saksikan Gempak Most Wanted Awards 2022, esok, 26 Februari, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104), Gempak.com, YouTube dan TikTok Gempak.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.