Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Gudang Jenama Terkenal Terbakar! Kantoi Di CCTV, Founder Tawar RM100,000 Cari Lelaki Ini, Disyaki Pelakunya

Mya Amri
10/01/2023 03:45 MYT
Gudang yang dimiliki oleh jenama terkenal iaitu Elrah Eksklusif mengalami kebakaran dalam kejadian dipercayai berlaku semalam.

Berita itu dimaklunkan sendiri oleh pemilik jenama tersebut, Sass Syed dalam hantaran video terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Video tersebut merakamkan keadaan di lokasi kejadian selepas bomba berjaya memadamkan kebakaran.

Selain itu, video tersebut juga turut memaparkan rakaman daripada orang awam dan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di mana kelihatan seorang lelaki yang disyaki pelaku sedang membaling sesuatu sebelum memanjat pagar dan melarikan diri.

Pemilik Elrah Eksklusif juga menawarkan ganjaran RM100,000 ganjaran kepada mereka yang berjaya membantu mencari pelaku tersebut.

A post shared by Sass Syed (@sass_syed)

“Minta jasa kawan-kawan untuk viralkan video ni. GANJARAN RM100,000 kepada yang menjumpai pelaku yang cuba membakar warehouse saya.

“Saya buat tindakan ini kerana semalam staff saya cakap ada motor yang dua tiga kali ulang alik di depan warehouse saya pada jam 3 pagi.

“Bila saya diam, mungkin mereka cuba untuk buat sekali lagi. Jadi saya terpaksa buat keputusan ini untuk memastikan keselamatan stock-stock agent saya tahun ini.

“Di sini ada beribu harapan agent untuk buat duit. Saya tidak boleh bagi mereka untuk menghancurkan harapan agent-agent saya.

“Tolong bantu saya kongsi dan jumpa pelaku yang berhasad dengki ini. Jika ada maklumat minta share pada +6018-239 9080,” tulisnya.

Dalam pada itu, di ruangan komen juga rata-rata pengikutnya mendoakan usaha mengesan individu disyaki dipermudahkan.

Antara komen-komen yang diterima:

“Semoga Allah permudahkan urusan. Insya-Allah, ada kejayaan di sebalik dugaan,”

“Apa yang dengki sangat, orang nak cari rezeki halal pun susah, semoga dipermudahkan,”

“Sebab dah nak raya, dorang tahu nanti Elrah dapat sales gempak, sebab tu dorang buat macam ni, rasanya macam pesaing Elrah juga,”

#Kebakaran #Terbakar #CCTV #Founder #Ganjaran #Elrah Eksklusif #Gudang #Sass Syed #Warehouse