Laman Utama

[VIDEO] Guna Daun Limau Purut Dalam Nasi Lemak, Resipi Khairul Aming Dikritik Netizen

gempak
Izwan Isa
03/10/2022
04:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Guna Daun Limau Purut Dalam Nasi Lemak, Resipi Khairul Aming Dikritik Netizen
Nama pengsohor media sosial, Khairul Aming kembali ‘panas’ dek teguran yang diberikan oleh netizen yang mempersoalkan cara dia memasak nasi lemak.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik, Khairul Aming menerangkan bagaimana dia memasak makanan kegemaran rakyat Malaysia itu secara santai dan terperinci. Mengikut resepi yang dikongsi, Khairul Aming memasukkan bahan-bahan seperti daun pandan, santan, halia, bawang merah dan daun limau purut pada nasi yang ingin ditanak.
Begitu juga dengan proses pembuatan sambal, Khairul Aming berkongsi dengan pengikutnya cara-cara memasak mengikut cita rasanya sendiri.
Hal ini bagaimanapun menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.
Pada sebuah ciapan yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, cara memasak sambal yang ditunjukkan oleh Khairul Aming dalam video berkenaan dikatakan sebagai cara yang malas.
Katanya, daun limau purut yang diletakkan bersama daun pandan dalam nasi lemak yang akan dimasak bakal menyebabkan haruman kedua-duanya bercanggah.
Begitupun, kritikan berkenaan mendapat respons dalam kalangan netizen yang lain. Ada antara mereka mengatakan:
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live