Viral
Video Gus Miftah Tarik & Tepuk Badan Penjual Air Teh Buat Netizen Berang - “Kasar Sama Orang Tua, Tiada Adab!”
Lagi sekali video penceramah bebas, Miftah Maulana Habiburrahman dengan seorang penjual air teh atau minuman menjadi tular di laman sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Tarik & tepuk badan
Video pendek yang tular itu memperlihatkan Gus Miftah menarik badan penjual air teh itu dan rata-rata netizen mendakwa tindakan tersebut agak kasar serta biadab.
Bukan sahaja itu, Gus Miftah turut dilihat menepuk badan penjual air teh yang kelihatan sugul sahaja.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat tindakan Gus Miftah tersebut yang dianggap seperti terpaksa memohon maaf atas isu yang tular baru-baru ini.
“Body language macam terpaksa minta maaf dan ada lagi benda tak puas hati. Mulut boleh menipu, riak muka dan badan tak boleh tipu. Orang boleh nampak.
“Kurang ajar, tiada adab, sombong, berasakan hanya dia yang hebat.
“Kasar sama orang tua. Kuat tepuknya. Tiada adab. Body language nampak tak bersungguh minta maaf,” komen beberapa netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Tular Hina Pakcik Jual Teh Di Majlis Ilmu, Jom Kenali Siapakah Pendakwah Gus Miftah
ARTIKEL BERKAITAN: Gus Miftah Jumpa Penjual Teh Yang Digelar B*doh: “Walau Bergurau, Saya Minta Maaf”
ARTIKEL BERKAITAN: Penjual Minuman Yang Dihina Bo*oh Oleh Gus Miftah Dapat Tajaan Umrah
ARTIKEL BERKAITAN: Penceramah Bebas Biadab, Malukan & Gelar Penjual Minuman Di Majlis Agama Bo*oh
Terdahulu Gus Miftah mencetuskan kemarahan selepas video dirinya memanggil seorang penjual minuman bodoh sewaktu memberi ceramah dalam majlis Magelang Bersholawat baru-baru ini menjadi tular.
Bagaimanapun kontroversi yang dicetuskan Utusan Khas Presiden Indonesia, Prabowo, Gus Miftah akhirnya usai selepas penceramah bebas itu bertemu penjual minuman yang dimalukan dan dihina sebagai bodoh.
Menerusi video yang tersebar di media sosial, lelaki berusia 43 tahun itu bertemu penjual teh yang dikenali sebagai Sunaji di kediamannya.