Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] “Hadiah Besar Dari Allah” - Rosyam Nor Syukur Dapat Cucu Kelima, Anak Siap Minta Berikan Nama

Mya Amri
07/04/2023 03:50 MYT
Pelakon, Datuk Rosyam Nor, berkongsi rasa gembira dengan kelahiran cucu kelimanya pada jam 3.38 pagi tadi.

Rosyam berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah. Hadiah besar dari Allah pada Ramadan kali ini. Lahir seorang lagi cucu kelima penyambung zuriat aku jam 2:38 pagi tadi.

“Mak dengan ayahnya minta aku berikan nama,” tulisnya.

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Rosyam.

“Alhamdulillah, tahniah datuk, kejap je dah lima cucu,” komen seorang pengikut.

“Alhamdulillah, tahniah datuk dapat cucu bulan Ramadan,” tulis seorang pengikut lagi.

Bagaimanapun Rosyam tidak mendedahkan jantina cucunya kelimanya lagi.

Sebelum ini Rosyam telah menerima kehadiran cucu keempat pada November 2021.

#Bersalin #Ramadan #Rosyam Nor #Datuk Rosyam Nor #Puasa #Cucu