Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Hafidz Roshdi Buat Laporan Polis, Dakwa Ada Bukti Isteri Gugurkan Kandungan - “Dia Meminta Duit Untuk Kos Keguguran…”

Asyikin Mayudin
09/05/2023 04:35 MYT
Susulan mengenai Nurul Shuhada keguguran anak ketiga, pelakon Hafidz Roshdi telah membuat dua kali laporan polis terhadap isterinya.

Hafidz menerusi video yang dikongsikan di Instagram Hlive mengakui dia berasa sedih apabila mengetahui isterinya telah mengambil keputusan menggugurkan kandungan.

“Terus terang Hafidz cakap Hafidz sangat sedih, 5 hari bulan hari itu Hafidz dapat terima berita daripada pihak peguam defendan kepada peguam kami, Shu telah keguguran anak ketiga kami.

“Hafidz sangat sedih atas keguguran ini. Hafidz sangat percaya kredibiliti peguam Hafidz. Shu kononnya telah mengalami keguguran dapat digugurkan dengan baik.

“Semuanya dalam siastan poilis kerana Hafidz telah membuat laporan polis. Dia ada WhatsApps Hafidz untuk beritahu dia nak gugurkan kandungan.

“Hafidz buat laporan polis untuk covering daripada pihak Hafidz. Tahu-tahu dia dah gugurkan. Dapat tahu dia gugur, Hafidz terpaksa buat laporan polis sebab nak pihak polis buat siasatan,” ujarnya.

Hafidz turut mendakwa dia mempunyai bukti Nurul Shuhada ada memintanya duit untuk kos keguguran namun tiada bukti resit daripada hospital.

“Sebab dia meminta duit untuk kos keguguran daripada saya. Jadi saya tak tahu, sebab dia tak ada bukti resit, tak ada bukti hospital. Jadi, saya kena tahu. Saya dah buat dua kali laporan polis,” katanya lagi.

Pada malam tadi, isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada berkongsi berita sedih apabila dia mengalami keguguran ketika usia kandungan 14 minggu disebabkan tekanan selain tidak makan ubat anti-depresi.

Nurul Shuhada turut menafikan dakwaan dia sengaja menggugurkan kandungannya secara haram seperti yang didakwa segelintir pihak.

BACA: [VIDEO] Isteri Hafidz Roshdi Alami Keguguran Di Usia Kandungan 14 Minggu - “Shu Memang Tak Dapat Nak Kawal…”

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

#Hafidz Roshdi #Hafidz #Nurul Shuhada #Shuhada #Shuhada keguguran #Hafidz polis