Kehadiran puteri sulung iaitu Nur Fatima Aisya melengkapi kehidupan pasangan selebriti terkenal iaitu Fattah Amin dan isterinya, aktres Nur Fazura.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin berterima kasih kepada Fazura yang memberikan ‘girlfriend’ baharu untuknya.

“Thank you mommy, for my new girlfriend (Terima kasih mommy, untuk teman wanita saya yang baru),” tulis Fattah.

Teman wanita yang dimaksudkan Fattah di kapsyen perkongsian itu merujuk kepada anak perempuan kesayangannya.

Rata-rata netizen mengatakan mereka sudah lama meminati pasangan itu dan minat makin bertambah semenjak kehadiran Fatima.

Selain itu, segelintir netizen juga menganggap wajah Fatimah yang kini berusia dua tahun itu mirip ibunya.

“Dari masa bercinta dulu aku duk love sangat dengan depa (mereka) sampai Fatima muncul lagi love. Semoga bahagia selalu.

“Dah nampak muka mummy dia… the cutest of Fatima.

“Bila dia dah besar baru nampak muka Fazura,” komen beberapa netizen.

Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

@fattahamin Thank you Mommy, for my new Girlfriend ? @Fazura ♬ Happiest Year - Jaymes Young