Pelakon Aliff Aziz melahirkan rasa syukur diberi peluang untuk memperbaiki dirinya dengan mendekatkan diri kepada Allah.

Menurut Aliff, Instagram merupakan antara penyebab untuk dia lebih mempelajari agama Islam selepas tergerak hati untuk memberikan mesej kepada Jemaah tabligh secara DM (direct message) di aplikasi berkenaan.

“Nak dijadikan cerita, saya scroll tengok ruangan explore di Instagram, macam-macam benda orang kongsi.

“Tiba-tiba ternampak perkongsian abang Faizal Ismail (FBI), saya pun tengok IGTV dia sampai habis.

“Pada waktu itu saya tak tahu apa yang gerakkan hati saya… Saya sendiri yang pergi DM di Instagram Dakwah Tabligh Malaysia,” jelasnya.

Aliff berkata demikian dalam satu video panjang yang dikongsi oleh Instagram Dakwah Tabligh Malaysia semalam.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-ratanya memberikan ucapan syukur atas perubahan Aliff Aziz.

Mereka juga turut mendoakan agar suami kepada penyanyi Bella Astilla ini kekal Istiqomah.

Saksikan perkongsian penuh Aliff Aziz di bawah:

A post shared by Dakwah Tabligh (@dakwahtablighmalaysia)