Skip to main content

Viral

[VIDEO] Hidup Bermadu Hampir 30 Tahun, Zarina Zainuddin Akui Minta Izin Kahwin Suaminya Dengan Isteri Pertama

zarina-suami.jpg

Selepas beberapa isu melibatkan rumah tangga selebriti menjadi perbualan ramai, pelakon Zarina Zainuddin pula mendedahkan pengalamannya bergelar isteri kedua kepada Datuk Seri Raihan Wan Jaafar selama 29 tahun.

Menerusi temu bual bersama Sinar Harian yang viral di TikTok, Zarina mengimbau kembali saat-saat ketika Raihan melamar dan kesungguhan lelaki tersebut untuk mengangkat dirinya sebagai seorang isteri.

“Masa mula-mula dulu saya nakal, niat saya dulu tak berapa bagus… Dia orang kaya, kita minta apa pun dia bagi. Saya tanya, abang nak apa, semua saya minta abang bagi. Dia pandang saya, dia kata dia nak kahwin dengan saya.

“Saya kata saya tak nak kahwin dengan suami orang. Saya tak suka jadi perampas suami orang. Dia kata sebenarnya dia nak angkat saya sebagai wanita, agar orang pandang tinggi pada saya. Masa tu bulu roma saya naik. Mana ada lelaki cakap macam tu dekat saya,” katanya.
 

 

Must-Watch Video

Advertisement