[VIDEO] Hidup Bermadu Hampir 30 Tahun, Zarina Zainuddin Akui Minta Izin Kahwin Suaminya Dengan Isteri Pertama
Izwan Isa
10/01/2023 13:50 MYT
10/01/2023 13:50 MYT
Selepas beberapa isu melibatkan rumah tangga selebriti menjadi perbualan ramai, pelakon Zarina Zainuddin pula mendedahkan pengalamannya bergelar isteri kedua kepada Datuk Seri Raihan Wan Jaafar selama 29 tahun.
Menerusi temu bual bersama Sinar Harian yang viral di TikTok, Zarina mengimbau kembali saat-saat ketika Raihan melamar dan kesungguhan lelaki tersebut untuk mengangkat dirinya sebagai seorang isteri.
“Masa mula-mula dulu saya nakal, niat saya dulu tak berapa bagus… Dia orang kaya, kita minta apa pun dia bagi. Saya tanya, abang nak apa, semua saya minta abang bagi. Dia pandang saya, dia kata dia nak kahwin dengan saya.
“Saya kata saya tak nak kahwin dengan suami orang. Saya tak suka jadi perampas suami orang. Dia kata sebenarnya dia nak angkat saya sebagai wanita, agar orang pandang tinggi pada saya. Masa tu bulu roma saya naik. Mana ada lelaki cakap macam tu dekat saya,” katanya.
undefined
Dalam pada itu, Zarina menambah, dia sendiri meminta kepada Raihan supaya mempertemukannya dengan isteri pertama untuk meminta izin mendirikan rumah tangga.
“Saya kata, kalau betul-betul nak kahwin dengan saya, bawa saya jumpa isteri dia, biar saya sendiri minta izin sendiri. Kalau diizinkan saya kahwin, kalau tak diizinkan saya takkan kahwin dengan suami orang.
“Next day, dia bawa jumpa isteri dia. Dia very gentlemen. Isteri pertama tanya, awak nak kahwin dengan suami saya sebab suami saya kaya raya?
“Saya kata saya dah jumpa orang lebih kaya dan banyak duit. Tapi saya tak pernah jumpa orang berhati besar (seperti Raihan) nak angkat saya sebagai isteri dia dengan ikhlas,” ujar Zarina.
Zarina mendirkan rumah tangga dengan Raihan pada 13 Julai 1993. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.