Setiap ibu pasti mengharapkan anak-anak dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan sihat namun siapalah kita untuk mengubah takdir yang Allah telah tetapkan.

Bukan mudah untuk terima, malah luluh hati pelakon Catriona Ross apabila doktor mengesahkan anak keduanya, Jammal Raess seorang autistik ketika berusia dua tahun.

“Saya mula tahu daripada pakar selepas saya dapat rasa yang dia ada sesuatu yang lain. Mata dia tak pernah fokus bila kita panggil dia padahal saya ada di depannya.

“Bila panggil, tanya nak susu, tapi dia hanya pandang tanpa sebarang reaksi. Saya pun buat appointment dengan beberapa pakar. Pakar pertama mengatakan anak saya autisme,” kongsinya.

Catriona berkongsi mengenai anak keduanya itu menerusi segmen Borak Selebriti Sinar bersama penyampai radio SINAR FM iaitu Falyq Hikyle baru-baru ini.

Terlalu terkejut dengan pengesahan doktor, keadaan diri Catriona terus menjadi lemah sehingga mengalami kesukaran untuk bernafas.

“Masa itu, saya rasa lutut lemahnya, padahal saya duduk dekat kerusi tapi rasa nak rebah. Saya pandang suami, suara saya tiba-tiba ‘sayang, saya tak boleh bernafas’.

“Saya ingat lagi saat itu, ingatkan saya duduk dah okay. Suami lebih kuat dan minta saya sabar. Saya ingat, saya cakap ‘I think, I’m gonna die’,” kata Catriona dalam nada sebak.

Tidak mahu berputus asa, Catriona mengajak suami berjumpa dengan pakar lain namun tetap keputusannya sama.

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross)

Biarpun pada mulanya sukar menerima hakikat, Catriona perlahan-lahan belajar memahami anaknya yang seorang autistik dengan meminta pendapat rakan selebriti Zarina Zainuddin.

Kini, Catriona sangat bersyukur Jammal yang pada asalnya non verbal (tak boleh bercakap) menunjukkan perkembangan sangat baik apabila dia mula menyebut beberapa perkataan.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!