Laman Utama
[VIDEO] Ifa Raziah Berhabis RM100,000 Beli Emas Love Besar-Besar! Netizen Tanya; "Nak Pakai Bila Tu?"
Artis serba boleh Ifa Raziah menjadi bualan ramai apabila aksinya berbelanja lebih RM100,000 untuk membeli emas baru-baru ini tular di media sosial.
Dalam video yang dikongsikan pengguna di TikTok, pelantun lagu Panas itu berkunjung ke sebuah kedai emas sambil menyuaipadan beberapa utas rantai leher, gelang dan pelbagai bentuk cincin.
Tiada rasa cemburu, malah ramai dalam kalangan warganet meluahkan rasa gembira dan syukur dengan rezeki yang dimiliki Ifa.
"Banyak duit dia, bestnya.
"Syukur.. Semoga rakyat Malaysia jadi kaya semua amin.
"Rezeki dia. Rezeki kami dapat lihat dan jadikan ini inspirasi.
"Wow! Nak seketul boleh? Alhamdulillah rezeki dia," tulis beberapa pengguna.
Namun, ada juga yang turut meninggalkan komen-komen nakal mempertikaikan citarasa Ifa memilih barangan kemas yang bersaiz besar.@kedaiemasrozitaipoh @MissDivaifaraziah ♬ Miss Diva - Ifa Raziah
"Pakai masa bila ye kalau rantai leher macam tu?
"Boleh tahu tak apa yang best pakai yang besar ya? Tengok orang pakai macam tak ada apa, rilek je. Kalau aku pakai besar sikit dah takut, macam tak sesuai pun ada," komen beberapa warganet.
Tampil menjawab semula pertanyaan terbabit, ada yang menyifatkan ia sebagai salah satu pelaburan dan kepuasan sendiri.
"Mereka (artis) ada banyak event bang. Dia pakai hari-hari.
"Pakai depan cermin je, saya kalau barang kemas besar-besar ni takut.
"Selalu bising kat mak suka beli besar-besar ni. Entah nak pakai bila. Alih-alih simpan macam tu je, cukup tahun bayar zakat," tulis beberapa pengguna.
Must-Watch Video