TERKINI

Video Individu Bantu Lelaki OKU Di Tepi Jalan Buat Netizen Sebak - “Kalau Encik Tak Tolong, Saya Mungkin…”

Ainun Md Zooki 03/07/2025 | 03:55 MYT
Tular sebuah video di laman sosial yang memaparkan seorang lelaki membantu orang kurang upaya (OKU) sedang berjalan menggunakan tongkat di tepi jalan.

Momen menyentuh hati itu berjaya meraih perhatian dan simpati dalam kalangan warganet.

Menerusi perkongsian Instagram Storiemy_, individu tersebut berkongsi kisah dia terserempak dengan lelaki OKU dikenali sebagai Jefree yang sedang berusaha untuk mencari makanan.

“Saya mahu beli makanan sebab dekat sini tak ada kedai makan yang berdekatan. Saya pula kotor dan ramai yang tak nak tolong saya.


“Kalau encik tak tolong saya mungkin esok baru saya boleh makan,” kata Jefree kepada indvidu tersebut.

Tersentuh dengan jawapan yang diberikan, lelaki tersebut segera membantu Jafree untuk mendapatkan makanan.

Namun apa yang lebih memilukan adalah ketika individu tersebut melihat sendiri keadaan rumah Jefree yang serba daif dan tidak mempunyai sebarang perabot serta kemudahan elektrik akibat kebakaran yang pernah menimpa dirinya.

“Rumah dia kosong sepenuhnya selepas kebakaran. Dia dan jiwanya yang sunyi,” kongsi individu tersebut.


Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan sedih terhadap nasib Jefree, disamping memuji tindakan prihatin lelaki tersebut yang tampil membantu tanpa mengharapkan balasan.

Malah, ada juga netizen yang tampil mahu memberikan bantuan kewangan dan keperluan buat Jefree, serta meminta maklumat lanjut untuk menyalurkan sumbangan.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“That "2 ayam" part sedih while me mengeluh kalau takda ayam thigh. Allah.... I should bersyukur la tau.”

“Hi! Is there any way we can do something for him? He doesn’t even have a proper bed to sleep on or electricity. Or even utensils to eat his food.”


“What an amazing human. If anyone knows this great soul's details, do let me know. Would love to help,” komen dari netizen.

#Netizen #Video #OKU #Lelaki #Tongkat #Simpati #Jalan