Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim akui rezekinya bertambah selepas dia banyak memberi terutama kepada isterinya, Mona Allen.
Kata Pekin amalan itu dilakukan untuk mendapatkan rezeki yang berkat dan melimpah ruah.
“Lagi banyak kita memberi pada isteri sebenarnya lagi banyak rezeki yang kamu akan dapat. Macam juga sedekah, lagi banyak kamu sedekah pada orang, lagi banyak rezeki kamu dapat.
“Sebab dalam rezeki kamu mesti ada rezeki orang lain. Saya amal benda-benda macam tu la,” katanya.
Pekin berkongsi amalan murah rezekinya itu dalam satu wawancara bersama radio Zayan dalam segmen khas berjudul Kisah Inspirasi.
Sedutan itu merupakan salah satu promosi segmen Kisah Inspirasi Zayan yang dimuat naik di Instagram rasmi mereka.
Video penuh Kisah Inspirasi Pekin telah ditayangkan secara penuh di laman rasmi Youtube Zayan.
Dalam perkongsian itu, Pekin yang baru menimang cahaya mata pada bulan lalu bercerita mengenai cabaran dia dan isteri menantikan ahli baru selama empat tahun.
“Sebenarnya pada tahun pertama tu kita memang merancang untuk tiada anak lagi kerana masih sibuk dengan kerja tapi bukan tahun kedua dah bersedia nak ada anak masih tiada rezeki.
“Kita ingat bila kita dah ready nak anak terus ‘jadi’ tapi tidak kerana yang bagi itu hanya Allah,” katanya reda ketika itu.
Pekin juga akui tekanan dari isterinya yang membuatkan mereka berusaha untuk mendapatkan cahaya mata menerusi kaedah moden dan tradisional.
“Tekanan lebih pada Mona kerana dia nampak kawan-kawan dia hamil dan bawa anak. Tapi saya stressed bila dia beritahu yang dia nak anak tetapi kami belum dikurniakan lagi anak.
“Bila masuk tahun ke empat kena tawakal lah…sebagai seorang lelaki kena buang ego maknanya pergi buat pemeriksaan di hospital. Tapi lega kerana masing-masing tiada masalah, cuma Allah belum beri.
“Bila dah tahu kami tiada masalah baru kami tidak stressed dan pergi usaha sendiri dengan pelbagai rawatan moden dan tradisional,” ceritanya.
Pasangan ini menimang putera sulung pertama mereka pada 31 Ogos lalu di sebuah hospital swasta di Selangor.
Banyak lagi yang dikongsikan Pekin dalam temu bual eksklusif itu, tonton video penuh di Youtube Zayan.
Syafiqah Jalal
Mon Sep 12 2022
![[VIDEO]“Ingatkan Bila Dah Ready Nak Anak, Terus ‘Jadi’…”- Pekin Ibrahim Dedah ‘Tolak’ Anak Ketika Mula Kahwin, Kongsi Cerita Penantian 4 Tahun Dengan Mona [VIDEO]“Ingatkan Bila Dah Ready Nak Anak, Terus ‘Jadi’…”- Pekin Ibrahim Dedah ‘Tolak’ Anak Ketika Mula Kahwin, Kongsi Cerita Penantian 4 Tahun Dengan Mona](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/asbp/pekinibrahimanak.jpg?ext=.jpg)

"Gelang Emas Lipan RM8,000 Sumayyah Hilang, Menangis Saya" - Puteri Sarah
Puteri Sarah dan Sumayyah baru-baru ini menjadi muse jenama barang kemas Trishya & Co.

GV10: “Berdebar Juga Jantung Ni” - Sesi Soundcheck Buat Jaclyn Victor Nervous Jumpa Tok Ram!
Jac pun rasa nervous dengan Tok Ram tau.

"Wallahi, Saya Tak Tengok Content Sajat" - Atiq Azman Nafi Tiru Live Masak-Masak Sajat
Pelakon Atiq Azman menafikan dakwaan segelintir warganet bahawa dia meniru konten memasak live sepertimana usahawan viral Nur Sajat.

GV10: “Sedih Sebab Ayah Tak Dapat Tengok…” - Siti Nordiana Balik Sendayan, Mohon Restu Ibu
Nana cari kekuatan, mohon restu ibu.

"Doakan Untuk Kami Yang Baik-Baik Saja" - Haqiem Rusli
Peminat harap Anis Sofea kembali berhijab.

#FoodiesLife: Craving Nasi Kandar? Ini Sebab Warga Kota KL Perlu Singgah Di 'Nasi Kandaq Fest' Hujung Minggu Ni
Nasi Kandaq Fest berlangsung dari 23-24 September 2023 di Sunway Putra Mall KL.

Ini 5 Pekerjaan Yang Boleh Menyebabkan Anda Mengalami Nyanyuk
Adakah termasuk pekerjaan anda?

Selena Gomez Rasa Terbeban Jadi Wanita Paling Ramai Pengikut Di Instagram
Selena akui terbeban

Cara Mudah Nak Halau Semut Dari Kerumun Pinggan Makan Haiwan Kesayangan Anda
Mudahnya!

“Yang Memekak Macam Anjing Menyalak Tu Malulah” - Kak KM Tegur, Jangan Sibuk Masuk Campur Hal Rumah Tangganya
Kak KM dah tegur tu.