Lama tidak mendengar khabar berita penyanyi rap Tuju, malah ahli kumpulan K-Clique ini juga dilihat jarang memuat naik perkongsian di laman sosial miliknya.

Baru-baru ini, penampilan Tuju yang kelihatan berbeza menerusi video yang dikongsikan di TikTok founder Langit Cheese Burger, Asri Kamarudin mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata netizen terkejut melihat perubahan Tuju atau Muhammad Azree Shah Awang Zamri yang semakin susut dan kurus berbanding sebelum ini.

Malah, terdapat segelintir netizen berasa bimbang dengan perubahan tersebut selain ada juga pada mulanya menyangkakan Tuju adalah pelawak Saiful Apek.

“Tuju nampak kurus. Moga idola saya sihat-sihat selalu dalam industri.

“Aku yang dah lupa muka Tuju ke dia yang dah lain ni?

“Ingat Tuju Shoppee, rupa-rupanya Tuju ori.

“Ingatkan Saiful Apek tadi,” antara komen-komen netizen.

Melihat laman Instagram, Tuju hanya memuat naik beberapa foto pada 14 Oktober lalu namun ketika itu wajahnya tidak kelihatan cengkung dan kurus.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

@asrikamarudin Apa pendapat korang? @TUJU #joedoh ♬ original sound - Asri Kamarudin