Viral
Video Ingkar Arahan PKP2 Tular, Netizen Dakwa Lelaki Dimarah Polis Mirip Fikry Ibrahim?
Selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2 (PKP2) dilaksanakan, tular sepotong video aksi pemandu yang ingkar arahan ketika sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa.
Ketika sekatan jalan raya di sekitar Damansara Perdana itu, lelaki berkenaan gagal menunjukkan bukti sebab dia perlu keluar.
Selepas dimarahi pihak berkuasa, pemandu berkenaan terpaksa u-turn ke lokasi asalnya.
Lebih mengejutkan apabila ada yang mendakwa pemandu lelaki terbabit mirip pelakon Fikry Ibrahim.
"Kereta yang mula-mula tu bukan Fikry Ibrahim ka? Takkan la tak alert pasal ni. Haish. Seorang-seorang artis buat perangai," tulis salah seorang pengendali akaun Twitter pada Khamis.
Mengukuhkan spekulasi apabila alamat kad pengenalan serta nombor plat kenderaan yang berasal dari Kedah itu kononnya sama dengan alamat asal Fikry.Kereta yang mula2 tu bukan Fikry Ibrahim ka?! Takkan la tak alert pasal ni. Haish. Sorang2 retis buat perangai https://t.co/KRs67T6fe9— JUST STAY AT HOME! DUDUK DIAM-DIAM (@IniAlannn) April 1, 2020
Meninjau akaun media sosial Fikry, netizen mula membanjiri ruangan komen bertanya akan kesahihan kejadian tersebut.
Namun, Fikry tidak memberikan sebarang respon.
Usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan dari Fikry juga tidak berjaya.
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 (PKP 2) pihak berkuasa telah memaklumkan bahawa hanya seorang sahaja wakil ahli keluarga dibenarkan keluar.
Sekiranya ada urusan penting dan ingin ke sesuatu tempat, individu tersebut harus membawa dokumen atau surat berkaitan sebagai bukti.
Manakala, pihak berkuasa akan ambil tindakan tegas sekiranya mana-mana pihak ingkar dengan arahan tersebut.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video