Belum pun bermula lagi tayangannya, namun trailer filem Rahsia sudah berjaya menambat hati netizen.

Rata-ratanya menyatakan rasa puas hati dengan naskhah dihasilkan walaupun hanya sedikit sedutan sahaja yang diberikan.

Selain itu, kualiti yang nampak versatile dan dilabelkan mempunyai aura filem antarabangsa juga merupakan antara faktor membuatkan mereka sudah tidak sabar untuk menonton Rahsia.

Antara komen yang diberikan:

“Ini barulah filem hantu dah macam setaraf filem The Conjuring tahniah,”

“Kalau filem dari Astro Shaw memang berclass. Kalau dari produksi lain tengok trailer pun hmm,”

“Aku rasa filem ni akan box office,”

BACA: Ada Nabila Huda, Fikry Ibrahim Dan Eman Manan, Filem Rahsia Versi Reboot Confirm Best!

Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular.

Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim.

Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.

Rahsia membawa tagline Dia Takkan Pergi manakala lagu berjudul Alunan Lara adalah lagu tema rasmi Rahsia yang dinyanyikan oleh Njwa.

Njwa juga merupakan komposer dan lirik untuk lagu edaran Rocketfuel Entertainment ini.

Diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Five Star Trading, filem ini dijadualkan tayangan di pawagam seluruh negara bermula 10 Ogos ini.

Istimewa buat peminat, and boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ bermula 9 Ogos dengan tayangan pertama bermula 8.00 malam.

Sertai peraduan filem Rahsia di platform sosial media Astro Shaw dan Astro Gempak bermula 10 Ogos 2023 untuk menangi hadiah eksklusif. Ikuti Broadcast Channel Astro Shaw untuk dapatkan info dan kata petunjuk.


SINOPSIS:

Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful.

Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.

Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik.

Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan.

Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.