Hampir sebulan bersalin, penyanyi Adira Suhaimi akhirnya berkongsi wajah bayi keempatnya untuk tontonan umum.

Adira, 31, menerusi akaun Instagram miliknya mendedahkan wajah bayinya dalam sepotong video ketika sedang memberi susu botol.

Menerusi kapsyen yang ditulis Adira memanggil anak lelakinya dengan nama Ayub sekaligus memperkenalkan nama puteranya itu.

"Botol susu kegemaran Ayub ni, dah la reka bentuk cantik, extra soft dan large nipple close to mummy," tulisnya.

Kemas kini itu mendapat perhatian pengikut laman sosial itu yang memuji kecomelan Ayub sekaligus turut memuji wajah Adira yang berseri dan sihat meskipun belum selesai berpantang.

"Pipi dia bam bam betul, sedap nama Ayub. Maksud yang indah nak ingat pun senang," komen salah seorang pengikutnya.

"Tak pernah tak cantik Adira," puji salah seorang warga maya.

Sekadar info, Adira mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pada 3 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata yang lain iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.



A post shared by ???ℝ? ??ℍ???? (@adira.suhaimi)