Siapa sangka rupanya isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea memiliki bakat menyanyi sama seperti suaminya.

Baru-baru ini tular video di TikTok yang merakamkan Sofea menyampaikan bahagian rap lagu Pink Venom nyanyian asal kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink.

Difahamkan ini merupakan kali pertama Sofea membuat persembahan bersama Haqiem secara rasmi di atas pentas dan berdepan dengan penonton.

A post shared by ???? ????? (@anissofeaaz)

Ternyata ramai yang terkejut dengan bakat Sofea walaupun ada yang mengatakan tidak berapa mendengar sebutan rap bahasa Korea itu namun mereka memuji usaha wanita cantik itu.

Antara komen netizen yang diterima:

“Pandai juga isteri Haqiem menyanyi. Nampak lembut tapi boleh rap! Power!”

“Hilang terus karakter pemalu si Anis ni, bagus, bagus,”

“Walaupun tak berapa dengar dan faham dia sebut apa tapi kita maafkan sebab tak kekok,”

“Sejujurnya tak faham tapi happy sebab suara dia boleh tahan,”

“Lepas ni Haqiem boleh buat duet dengan isteri dia,”

Terdahulu, Haqiem pernah menyatakan dia tidak bersetuju sekiranya isterinya menjadi penyanyi sebaliknya berpendapat biarlah dirinya seorang sahaja berkecimpung dalam dunia muzik.

Haqiem dan Sofea mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.