gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
‘SAYANG’; Filem Kerjasama Malaysia–Taiwan Bakal Menemui Penonton Tahun 2026
HIBURAN
Lee Je-hoon Kembali! Taxi Driver Musim 3 Lebih Kejam, Gelap
HIBURAN
Anak-Anak Anggota Nasyid Rabbani Dilantik Ikon Kursus Mutawwif, Auto Dapat Tempahan Satu Bas! - "Aeydan Muda, Ada Wajah-Wajah ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

[VIDEO] Isteri Pernah Gugur 13 Kali, Rumah Tangga Sering ‘Diganggu’, Fazley Imbau Pahit Manis Sepanjang 16 Tahun Bergelar Suami – “Banyak Cabaran & Dugaan Yang Datang…”

Shahrin Zulkifle
Shahrin Zulkifle
08/11/2022
09:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Isteri Pernah Gugur 13 Kali, Rumah Tangga Sering ‘Diganggu’, Fazley Imbau Pahit Manis Sepanjang 16 Tahun Bergelar Suami – “Banyak Cabaran & Dugaan Yang Datang…”
Bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-16, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mendedikasikan sebuah nukilan istemewa buat isteri tercinta Datin Azrene Ahmad.
Berkongsi nukilan berkenaan di laman Instagram, pemilik nama lengkap Ahmad Fadzli Yaakob, 44, itu melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri yang hebat biarpun banyak dugaan yang dihadapi mereka berdua.
“16 tahun! Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang datang berkali-kali, bukan daripada kita berdua, tetapi sentiasa dari mereka yang sering mencuba untuk memisahkan kita dan menggoyang masjid yang kita bina selama ini.
“Terima kasih untuk semua pengorbanan sama ada kecil atau besar, yang abang tahu dan yang abang tak tahu. Abang hargai setiap satu daripadanya,” kongsinya.
Dalam pada itu, Fazley turut berkongsi satu video pendek yang memaparkan momen sewaktu pernikahanya buat tontonan umum.
View this post on Instagram
A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)
Sementara itu, menerusi nukilan yang sama, pelantun lagu Asmara Ini itu turut mendedahkan isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak 13 kali sepanjang perkahwinan mereka.
Namun, dia akui bersyukur kerana masih dikurniakan zuriat yang lainnya.
“Syukur Alhamdulilah, walau pun berhadapan dengan 13 kali keguguran termasuk dua pasangan kembar di mana salah satunya kembar anak sulung kita, kini kita berjaya membesarkan tiga anak lelaki dan seorang puteri. Allah Maha Besar, segala ketentuan-Nya takkan mampu sesiapa pun ubah,” tambahnya.
Untuk info, Fazley dan Azrene telah selamat bergelar suami isteri pada 7 November 2006 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 14, Ahmad Fieradz Shah, 13, Ahmad Firudz Shah, 11 dan Alayna Selma, 5.
Topic Berkaitan
#Fazley Yaakob
#Anniversary
#Azrene Ahmad
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement