Perkongsian video di TikTok yang memperlihatkan seakan-akan ukiran tatu di leher dan lengan pelakon Mas Khan mengundang kritikan netizen.

Tidak kisah dikecam, Mas Khan bagaimanapun menegaskan ukiran seperti tulisan itu bukanlah tatu seperti yang disangkakan.

"Ini bukan tatu. Ini adalah lukisan sahaja. Adik saya seorang jurusolek khas, jadi dia gunakan saya untuk latihan solekan khas.

“Korang nak cakap apa, cakap lah. Saya tak peduli,” kata Mas Khan kepada Gempak.

Bukan itu saja, aksi Mas Khan bermesra dengan menyentuh anjing perliharaannya jenis baka German Shepherd yang diberi nama Cash turut mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Mas Khan berkata tujuan dia memelihara anjing tersebut kerana mahu haiwan itu menjaga kawasan premisnya yang terletak di tengah Kuala Lumpur.

"Anjing ini kita tahu kalau basah memang tak boleh pegang dan kita ada sabun samak, sertu samak. Jadi tiap kali kita pegang anjing tu dalam keadaan kering atau basah tetap akan gunakan sabun samak.

"Benda (hukum) ini memang kita tahu. Kita bukan tak tahu tentang halal atau haram cuma nak beritahu yang penting nawaitu (niat).

"Niat saya bela anjing ini sebab dia memang jaga kawasan ini di mana di tengah Kuala Lumpur, macam-macam boleh jadi. Jadi, tiada isu,” katanya.

Biarpun tidak kisah dengan kecaman atau kritikan netizen, pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu memohon maaf jika perkongsiannya itu mengundang rasa kurang senang ramai pihak.

Tambah pemilik nama Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, dia tidak kisah dengan kecaman netizen namun memohon maaf sekiranya ada yang terasa hati.

"Kalau korang (netizen) nak kecam ke apa, kecam la. Saya hanya jadi diri sendiri.

“Saya minta maaf kalau ada menyinggung hati dan perasaan orang dekat luar sana sebab aku main dengan anjing. Tapi yang paling penting sekali, ini adalah pendapat saya,” ujarnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

@maskhan94 Pak guard MetaTrade Academy ? #germanshepherd #puppy #7months ♬ original sound - Mas Khan