Laman Utama
[VIDEO] Isu Rider Kayangan, Caprice - “Minta Maaf Kalau Ada Yang Terkesan”
Penyanyi rap, Caprice memohon maaf kepada pengguna motosikal jenama Ducati sekiranya terkena impak susulan dakwaannya mengenai isu ‘pilih kasih’ dalam undang-undang semalam.
Permohonan maaf secara terbuka itu dilakukan Caprice menerusi akaun Instagramnya selepas acara sekumpulan penunggang motosikal berjenama Ducati diserbu bagi menjalani pemeriksaan pihak polis.
“Minta maaf kepada penunggang motosikal ducati yang lain kalau terkesan dengan hantaran saya semalam sampai pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kenyataan dan jalankan tugasnya dekat satu acara Ducati,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, Caprice menegaskan dia sentiasa menyokong dan menghormati setiap tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
“Kita sentiasa hormat dan sokong pihak PDRM dan di sini juga memohon maaf kalau ada pihak yang terasa atau terkesan.
“Platform saya ini sentiasa demi umat dan rakyat Malaysia. Insya-Allah kita cuba belajar dan membuat penambah baikan kandungan saya. Terima kasih,” jelasnya.
Terdahulu, PDRM dalam satu kenyataan menyangkal dakwaan Caprice yang mengaitkan penunggang motosikal ‘kayangan’ tidak dikenakan tindakan berbanding penunggang motosikal biasa.
Caprice sebelum ini juga mendakwa individu yang memakai motosikal berkuasa tinggi seperti Ducati selalunya diberikan ‘layanan istimewa’ dan jarang sekali dikenakan tindakan walaupun melakukan kesalahan berbanding pengguna motosikal berjenama lain.
Must-Watch Video