Ibu kepada mangsa maut dan suspek kejadian seorang kakak tertikam adik sendiri yang berlaku di Kampung Ulu Pulai, Iskandar Puteri, Johor pada Rabu, tampil menceritakan kisah sebenar kejadian yang berlaku membabitkan dua anaknya itu.

Menerusi satu temu bual, ibu berusia 43 tahun itu berkata punca kematian bukanlah disebabkan berebut kerusi seperti yang didakwa orang ramai.

Jelasnya, mereka berdua pada awalnya hanya bergaduh mulut sahaja ketika masing-masing dalam perjalanan pulang ke rumah daripada sekolah.

“Saya ambil mereka daripada sekolah, arwah tanya kepada saya kenapa lambat, saya jawab lambat sebab ambil abangnya dahulu.

“Mereka bukanlah berebut kerusi, kerusi itu terjatuh, kemudian arwah minta naikkan semula, arwah cakap dekat kakaknya, pekak ke? Kemudian berdua bergaduh mulut," jelasnya.

Tambah ibu lagi, tragedi sebenar berlaku apabila ketika itu dia berada di dalam kereta menekan hon untuk memanggil anak yang keempat untuk dihantar ke sekolah agama.

Namun tidak disangka apabila anaknya itu keluar daripada rumah dan menjerit selepas melihat arwah sedang berlumuran darah.

“Saya nak hantar anak yang keempat pergi sekolah, saya dengar anak saya bagi tahu abangnya darah dah banyak, saya terus jerit pada kakak.

“Kakaknya waktu itu dah panik sangat, arwah pula dah nazak sangat. Kakak menangis dan minta maaf pada saya.

“Dia kata, apa yang kakak dah buat ini ibu, jangan benci kakak, kakak tak sengaja, ibu nanti kakak masuk neraka sorang-sorang ke? Kita tak sama-sama dalam syurga ke?,” kongsi ibu lagi.

Dalam pada itu, ibu merasakan bahawa kakak tidak sengaja menikam adiknya dan menafikan anaknya itu sedang mengalami tekanan perasaan.

“Saya rasa kalau nak cakap benda ini disebabkan tekanan perasaan, saya rasa bukan. Perkara ini berlaku secara tidak sengaja.

“Sebab pisau itu memang ada dekat situ, itu yang die tercapai. Jika dia capai buku mungkin dia akan ketuk abang dia pakai buku," tambah ibu.

Terdahulu, suspek remaja wanita berusia 18 tahun telah menikam adiknya sendiri yang berusia 16 tahun telah ditahan reman selama enam hari untuk membantu kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit bersalah.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibicarakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuhainie Zull Kafli.

@mek_ainalieya Ibu cerita kisah yang berlaku kakak dan adik .. kakak tidak sengaja ? salam takziah #fypシ #masukberanda #alfatihah ♬ Yasir Lana - arief akdw

Sumber: Tiktok, Harian Metro