Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] "Jangan Hina Kami!" - Aishah Kesal Ustazah Viral Dakwa Bersalam Dengan Artis Boleh Hilang Roh & Jiwa

Shahrin Zulkifle
09/11/2022 02:00 MYT
Nama Ustazah Siti Afifah terus menjadi perbualan orang ramai selepas isu dia menyelar suami yang membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki sebagai ‘dayus’.

Terbaharu, satu lagi isu timbul apabila ustazah yang sama mendakwa seseorang boleh kehilangan jiwa dan roh mereka jika bersalaman dengan golongan selebriti.

Terkesan dengan dakwan berkenaan, penyanyi Datuk Aishah tampil memberi pandangan dengan menyifatkan ustazah tersebut sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama tidak seharusnya berkata sedemikian.

“Ustazah jangan lah hina kami, ustazah adalah orang yang berilmu, lebih berhemah, dah dekat dengan Allah.

“Ustazah hina golongan kami, patutnya selebriti ini awak bimbing bukan kata begitu. Kenapa kata apabila bersalaman dengan artis roh orang itu akan hilang?

“Ustazah dah hina sekolompok artis yang terpalit dengan apa yang ustazah cakap, sanggup ke nak cari kami di akhirat nanti?,” katanya.

Aisyah meluahkan rasa terkilan itu menerusi satu hantaran video di laman Instagramnya baru-baru ini.

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Dalam pada itu, pelantun lagu Janji Manis Mu itu turut mengatakan dakwah yang dilakukan ustazah berkenaan nampak ‘keras’ sehingga dikhuatiri memberi pandangn buruk kepada agama lain.

“Ustazah, dosa dengan Allah kita boleh minta maaf, tapi dosa dengan manusia perlu minta maaf pada orang itu.

“Jangan malukan orang Islam dengan golongan bukan Islam bila lihat dakwah kita nampak keras sebegini,” tambahnya.

Sementara itu, beberapa rakan selebirti dan netizen turut bersetuju dengan luahan hati Aishah.

undefined
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Viral #Aishah #TikTok #Ustazah Siti Afifah #Ustazah Viral
;