Laman Utama
[VIDEO] Jangan Salah Cara Pangkah, Nanti Rugi Undi! Nah Ini Dia Panduan Mudah Mengundi
Tinggal sehari sahaja lagi sebelum rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab untuk mengundi di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dalam PRU 15 yang akan berlangsung pada 19 November ini, pastinya setiap pengundi mahu memastikan pilihan mereka diambil kira untuk menentukan pemenang pilihan raya.
Jadi untuk mengelakkan kerugian pada undian atau undian rosak, adalah amat penting bagi pengundi untuk mengetahui langkah-langkanh mengundi yang betul.
Antara kesalahan yang sering dilakukan dan menyebabkan undi ditolak adalah menanda undi kepada lebih daripada satu calon, tanda undi yang melangkaui ruang calon yang lain serta membuat tanda di luar ruang nama calon, ruang simbol atau ruang untuk memangkah.
Disebabkan itu juga, Astro Awani mengambil inisiatif berkongsi langkah-langkah atau panduan yang betul serta penjelasan mudah untuk mengundi.
Saksikan penjelasan penyampai berita Awani, Luqman Hariz dan Essan Yahya di bawah.
Must-Watch Video