Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

[VIDEO] Juara Hero Remaja, Alif Muhaimin Nafi Sembang Lucah & Minta Foto Alat Sulit Wanita di Instagram

Kamaruddin Razal
08/05/2019 10:11 MYT
Juara Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin menafikan tuduhan yang mendakwa dirinya terlibat dengan isu panas seperti meminta foto alat sulit wanita serta bersembang lucah di laman Instagram.

Sebelum ini, tersebarnya beberapa paparan skrin (screen shot) mesej peribadi (DM) di laman Instagram yang memaparkan perbualan individu yang didakwa sebagai Alif sedang berbual perkara tak senonoh bersama seorang wanita.

Malah, Alif juga pernah diserang seorang netizen berkenaan dengan isu sama ketika dia meninggalkan komen di laman Instagram milik Michael Ang baru-baru ini.



"Itu bukan saya. Saya menafikan perkara tersebut. Mungkin 'screen shot' itu telah disunting oleh pihak yang tak bertanggungjawab menggunakan nama saya.

"Mungkin ia telah disunting menggunakan aplikasi laman sosial atau 'photoshop'.

"Perkara itu pun terjadi ketika nama saya tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah MeleTOP Era 2019 yang lalu.

"Mungkin kerana ada peminat yang saya berhenti layan kerana sibuk, membuatkan mereka marah.

"Sebenarnya, isu minta gambar itu sebenarnya tak ada apa-apa pun. Mungkin ada pihak yang sengaja reka cerita," katanya membela diri.


Alif ditemui di majlis tayangan program Ramadan 2019 Astro di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Memandang musibah yang terjadi dari sudut positif, Alif mahu lebih serius dalam bidang lakonan.

"Sebelum ini, pelakon popular seperti Syafiq Kyle juga pernah terkena tempias kontroversi serupa.

"Apabila mereka yang pernah didakwa dengan kontroversi sebegini menunjukkan cara kerja yang bagus, orang akan lupakan juga satu hari nanti.

"Saya sendiri akan berusaha dengan lebih serius dalam bidang lakonan dan akan menunjukkan kualiti kerja terbaik menerusi setiap karya yang saya jayakan.

"Dari situ orang ramai dapat melihat saya benar-benar serius mahu menceburkan diri dalam bidang seni," katanya lagi.

Alif bakat muncul dalam drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad, bergandingan bersama Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Drama bersiri arahan Michael Ang itu akan bersiaran selepas sambutan Syawal akan datang.
#Alif Muhaimin
;