[VIDEO] JUITA Girl Group Baru Yang Netizen Kata Tak Cringe! - "Ada Feminin, Boyish, Konsep Lagu Pun Unik"
Amri Hassan
08/10/2022 05:40 MYT
08/10/2022 05:40 MYT
“Omg!!! First debut is EXCELLENT!! Tak pernah imagine lagu Melayu macam ni level international and yang penting tak cringe!!! Absolutely new song on my playlist! Congrats!”
“Mereka sangat berbakat! Moga pihak pengurusan RnR Ent. dapat konsisten promote mereka ke semua platform dan beri mereka peluang buat live show di mana-mana acara komersial.”
Itu antara komen pengguna laman sosial di saluran YouTube Rhythm & Rhyme Entertainment menerusi video muzik rasmi lagu Pendua yang dinyanyikan oleh kumpulan wanita baharu yang dikenali sebagai JUITA.
Kemunculan beberapa ‘grup girl’ dalam industri muzik tanah air sejak dua tahun kebelakangan ini memberi petanda dunia hiburan tempatan kembali meriah dan menerima kehadiran mereka.
Terbaharu, kemunculan kumpulan JUITA yang dianggotai empat wanita jelita, Nur Aini Hayati Mustafa (Aini, 25); Khairin Najihah Hisham Muddin (Kyerin, 23); Nurhusnina Haziqah Naharuddin (Nina, 26) dan Nurnajihah Azmi (Jay, 23).
JUITA disatukan pada awal April lalu selepas sesi uji bakat dijalankan di studio Rhythm and Rhyme Entertainment. Sebelum keluar dengan single, JUITA bermula dengan menyanyikan semula atau ‘cover’ lagu Cinta (Marsha) dan Duit (Stacy) di YouTube, termasuk mengadakan kelas latihan vokal bersama Stacy.

Pendua lagu ciptaan Stacy & Akim!
Berbekalkan pakej lengkap bukan saja sebagai sebuah ‘grup girl’, tapi juga penyanyi dan penghibur berkualiti dengan mempertaruhkan single sulung mereka, Pendua hasil ciptaan sepenuhnya pasangan suami isteri terkenal, Bunga Cantik (Stacy) dan Hang Nadim (Akim Ahmad) serta lirik oleh Bunga Cantik.
Lagu Pendua yang diterbitkan oleh Rhythm & Rhyme Entertainment atau RnR Entertainment itu sudah dilancarkan secara rasmi sejak 2 September dan video muzik pada 17 September lalu.
Anggota JUITA, Aini, 25, berkata, mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Stacy dan Akim dalam menentukan hala tuju muzik dibawa.
“Sebetulnya kami semua tidak mempunyai pengalaman yang jauh dan lebih dalam bidang muzik ini. Jadi kami meletakkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan dalam menentukan hala tuju muzik JUITA bersesuaian dengan kelebihan dan perwatakan yang ada pada kami.
“Sebagai pengenalan dalam industri, lagu Pendua ini adalah genre ‘pop dance’ ditambah kami juga minat dengan menari. Semoga semua lapisan peminat dan pendengar dapat menerima JUITA dan pastinya kami akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk mendapat tempat di hati mereka,” katanya.

Tak biasa menyanyi
Bagi Kyerin, 23, merakamkan lagu Pendua adalah pengalaman yang cukup berharga bagi mereka.
“Bagi kami, rasa teruja, and tak dinafikan memang susah sebab antara kami, boleh dikatakan ada yang tak biasa menyanyi. Selama ini, menyanyi sekadar suka-suka di karaoke saja. Jadi, apabila pertama kali merakam lagu ia satu proses dan pengalaman baharu buat kami.
“Akim dan Stacy banyak mengajar kami ketika di studio rakaman. Dalam keseronokan tetap rasa mencabar. Diakui agak susah juga, tapi kami berjaya melakukannya. Cuma, mungkin yang susah dan penat tu lebih kepada Stacy sebab dia kena duduk berjam lamanya serta sabar menjaga proses kami merakam lagu,” katanya.

Happy kerja bawah Akim, Stacy
Menurut Nina, 26, bekerja di bawah tunjuk ajar Akim dan Stacy juga adalah sesuatu yang cukup berharga selain ilmu dan nasihat yang diberikan mereka.
“Kami rasa senang bekerja dan suka dengan situasi bekerja sebab ada masa kelakar, kami dapat gelak ketawa, buat lawak bersama-sama tapi bila masa kerja, memang semua serius dan tegas. Sebab produk yang nak dikeluarkan iaitu lagu adalah seni tak boleh dibuat main. Jadi, kena fokus dan teliti.
“Sikap tegas Stacy dan Akim tu, kami hormat sebab mereka mementingkan kualiti. Di samping itu, mereka bukan saja mengajar kami dari segi muzik, tapi secara tidak langsung banyak berkongsi cerita dan pengalaman mereka dalam industri, apa yang perlu kami jaga, bagaimana nak membawa diri termasuk pembentukan kami sebagai seorang insan dalam kehidupan. Pendek kata bukan tertumpu pada muzik saja.
“Cerita dan pengalaman yang mereka kongsikan cukup berguna dalam kehidupan seharian kami juga. Sebagai contoh, hormat kepada guru, adab dengan orang dalam industri tanpa mengira pangkat, hormat orang lama, hormat terhadap muzik, ibu bapa, bagaimana nak menjaga diri di dunia luar dan banyak lagi,” katanya.

Apa kelebihan JUITA
Ditanya apakah kelebihan dimiliki JUITA, Jay, 23, berkata, mereka memiliki karakter berbeza hingga dapat disatukan sebagai satu kumpulan.
“Kelebihan yang dibawa oleh JUITA, kami rasa terletak pada karakter masing-masing yang berbeza. Sekiranya dilihat dari segi terperinci, setiap seorang daripada kami mempunyai watak dan pembawakan yang berbeza. Kami tidak cuba untuk jadi orang lain tapi kami lebih kepada ‘explore’ watak kami sendiri.
“Ada yang maskulin, feminin, ‘boyish’, jadi itu semua agak berbeza daripada kumpulan wanita lain. Kami juga cuba untuk menjadi diri sendiri dalam setiap seni yang dibawa. Tambahan, konsep lagu kami pun agak berbeza dengan yang ada. Kelebihan lain yang kami ada juga ialah konsep yang berbeza yang ada di Malaysia sekarang mahu dari segi muzik dan personaliti dalam kumpulan,” katanya.