Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] “Just Nak Wish Macam Biasa, I Love You”- Eina Azman Mohon Suami Jangan Buat Lagi, Tak Sanggup Lalui Fasa Overthinking

Mya Amri
23/03/2023 23:55 MYT
Pelakon Datin Paduka Eina Azman meluahkan rasa syukur berterima kasih atas usaha suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah menyambut ulang tahunnya baru-baru ini.

Bagaimanapun kata Eina, selepas ini dia tidak mahu kejutan sebegini kerana penat memikirkan perkara yang bukan-bukan apabila tidak mendapat ucapan ulang tahun dari suami seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Please sayang don’t do this anymore… Why you ignore i for a few days dan tak celebrete macam biasa?

“Kita dah kahwin masuk tahun ke 10, you buat macam ni, mana tak i overthinking? You bukan saja buat i je overthinking, but you buat satu malaysia kecoh.

“Dah tak pasal semua tengok i, i tak nak ini semua. I just nak you wish macam biasa yang you buat selalu. Anyway thanks for everything sayang, i love you,” tulisnya.

Terdahulu, tular sebuah video merakamkan Eina Azman menangis sehingga mengundang pelbagai spekulasi netizen yang bimbang akan keadaan dirinya.

Video itu juga dosertakan dengan kata-kata yang menggambarkan dirinya tidak lagi dihargai.

Ekoran daripada video tersebut, ramai yang membuat andaian rumah tangga Eina dan suaminya sedang berantakan

Namun segalanya terjawab selepas suaminya tampil membuat kejutan bersama jambangan bunga duit semasa pelancaran produk keluaran terbaharu Eina.

Untuk rekod, Eina berkahwin dengan Kaiser pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan cahaya mata kembar iaitu Aubrey dan Karl yang kini berusia tujuh tahun.
#Eina Azman #Ulang tahun #Suami #Kejutan #Jambangan Bunga #Datin Paduka Eina Azman #Datuk Paduka Kaiser
;