Laman Utama

[VIDEO]: “Kau Siapa Nak Sound? Apa Masalah Sangat Pada Kau Kalau Aku Sumbang?” - Ifa Raziah Geram, Guru Vokal Komen Teknik Nyanyian

gempak
Mya Amri
05/09/2022
02:47 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]: “Kau Siapa Nak Sound? Apa Masalah Sangat Pada Kau Kalau Aku Sumbang?” - Ifa Raziah Geram, Guru Vokal Komen Teknik Nyanyian
Penyanyi, Ifa Raziah tampil membidas kenyataan seorang guru vokal, Shaffiq Erwin yang memberikan komen tentang teknik nyanyiannya.
Ifa menerusi komen balas di Instagram guru tersebut menyatakan dia tidak pernah mengenali individu itu dalam industri hiburan.
“Kau siapa nak sound-sound aku ini nyanyi sumbang atau apa? Aku tak kenal kau pun dalam industri ini?
“Umur aku dah dekat 50 tahun, memanglah suara kadang-kadang ke laut sikit. Kau suruh emak kau nyanyi, aku nak tengok,” tulisnya.
Dalam komen yang sama, Ifa juga menjelaskan setiap selebriti pasti akan melalui fasa tersebut apabila lewat usia.
“Semua artis akan lalui fasa ini bila dia orang sudah berumur, baik Hollywood, Kollywood atau Greenwood.
“Semua yang dulu suara high pitch tak akan dapat macam suara 20-30 tahun yang lalu. Jadi respeklah sikit kami yang tua ini,” jelasnya.
Coret Ifa lagi, jika mahu dibandingkan dengan penyanyi remaja atau muda memang tiada daya dan kemampuan untuk melawan.
“Nak bandingkan dengan budak-budak muda memanglah kami tak mampu nak lawan. Kau yang muda pun suara tak ke mana.
“Aku nak tengok suara kau masa umur 50 tahun nanti. Kau tunggu masa itu akan tiba.
“Aku masuk pertandingan ini suka-suka saja, bukan fasal duit. Setakat RM100 ribu itu, aku pun ada.
“Tak payahlah kutuk-kutuk, kita hidup ini santai-santai saja, apa yang masalah sangat pada kau, kalau aku sumbang. Kalau aku tersingkir pun, aku tetap IFA RAZIAH!!,” tegasnya.
Terdahulu, Shaffiq telah memuat naik video reaksi persembahannya bagaimanapun guru vokal itu mengkritik bahawa nyanyian Ifa sumbang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live