Laman Utama

[VIDEO] KD Lekir Tembak Misil Pertama Di Luar Perairan Malaysia

gempak
Azwa Rahman
17/07/2022
04:35 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] KD Lekir Tembak Misil Pertama Di Luar Perairan Malaysia
Kapal Diraja (KD) Lekir berjaya melancarkan misil EXOCET MM40 tepat ke sasaran di perairan Hawaii, Amerika Syarikat (AS) dalam siri latihan Sinking Exercise (SINKEX) fasa di laut Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2022, pada Selasa lalu.
Kapal jenis korvet milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyertai eksesais maritim antarabangsa terbesar itu mencipta sejarah kerana ini kali pertama aset TLDM membuat penembakan misil di luar perairan Malaysia.
Penembakan oleh KD Lekir itu disaksikan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Farizal Myeor di K Mark Takai Pacific Warfighting Center di Ford Island, Hawaii.
@irfan_newboys Antara aksi KD Lekir TLDM di Latihan Pertempuran Laut Terbesar Dunia Exersais RIMPAC 2022. Kredit: TLDM, Petty Officer 3rd Class Demitrius Williams #viraltiktok #viralvideo #fypdongggggggg #rimpac2022 #fyp #viral2022 ♬ Unstoppable - Sia
Mohd Reza Mohd San berkata, RIMPAC menyediakan platform terbaik untuk meningkatkan interoperability antara angkatan laut yang mengambil bahagian.
"Penyertaan ini merupakan satu pengalaman yang menambah nilai profesionalisme kru KD LEKIR," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sasaran yang digunakan adalah Ex-USS Rodney M Davis, sebuah kapal perang peluru berpandu kelas Oliver Hazard Perry (OHP).
RIMPAC 2022 bermula 29 Jun lalu hingga 4 Ogos depan dilaksanakan di sekitar kepulauan Hawaii dan selatan California. Ia adalah eksesais ke-28 dalam siri yang bermula pada 1971.
Selepas dua minggu di pelabuhan, peserta RIMPAC keluar untuk latihan di laut selama 22 hari mulai 11 Julai yang melibatkan 38 kapal, empat kapal selam dan lebih 170 pesawat milik 26 negara.
Ini kali kedua TLDM menyertai RIMPAC selepas KD Lekiu mengambil bahagian pada 2018. Eksesais maritim antarabangsa terbesar dunia ini menyediakan peluang latihan bersama pelbagai negara di samping mengukuhkan jalinan kerjasama di antara peserta.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024