Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] “Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi” – Netizen Puji Kecantikan Aaisyah Datang Daripada Rozita Che Wan

Shahrin Zulkifle
22/09/2022 07:00 MYT
Kecantikan anak kepada pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana, 8, sekali lagi mencuri perhatian wargamaya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram si cilik itu, dia dilihat sedang mengenakan gaun pendek berwarna jingga dan digayakan bersama jaket jenis varsity.

Selain itu, gelagatnya yang sedang ‘catwalk’ sambil merakam dirinya sendiri menggunakan telefon bimbit turut mencuit hati pengikutnya di laman tersebut.

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111)

Sementara itu, di ruangan balas, pujian mengenai kecantikan Aaisyah terus menjadi sebutan wargamaya.

Malah, ada juga yang menyatakan kecantikan yang dimiliki Aaisyah datang daripada wajah ibunya.

@Haizasweet: “Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, anak dengan ibunya sama cantik. Minat betul dengan dua anak beranak ni”.

@Mashashim: “Mummy (Rozita Che Wan) dah boleh tolak ketepi la hihi”.

@Kimguzel: “Habis la, lepas ini Mommy awak terpaksa bersara awal, anak makin meletop,” antara komen wargamaya.

Untuk info, Aaisyah merupakan anak daripada hasil perkahwinan Rozita Che Wan,48, dan aktor Zain Saidin,38, yang telah mendirikan rumah tangga pada 2013.

Terdahulu, Rozita Che Wan turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Aaisyah Dhia Rana #Zain Saidin #Rozita Che Wan