[VIDEO] Kedatangan Cetus Polimik, Vokalis Coldplay Minta Maaf: “Kami Sayang Semua Agama”
Maliah Surip
19/05/2023 15:55 MYT
19/05/2023 15:55 MYT
Kehadiran kumpulan terkenal dunia, Coldplay untuk mengadakan konsert pertama di Malaysia yang dijadualkan pada 22 November depan mencetuskan pelbagai polimik.
Selain kecoh dengan isu penjualan tiket yang habis dalam masa tiga jam setelah dijual dan ada yang mengambil kesempatan menjual semula tiket dengan harga melampau iaitu RM43,200, kehadiran Coldplay juga kurang disenangi oleh segelintir pihak.
Ada pihak yang membantah pemenang Grammy tersebut melakukan konsert dalam siri jelajahnya Spheres World Tour, di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Seperti menyedari kehadiran pertama kali mereka mencetuskan pelbagai polimik di Malaysia, vokalisnya, Chris Martin sempat memohon maaf.
Permohonan maaf itu dibuat sewaktu ditemubual oleh stesen radio HITZ menerusi segmen HITZ Morning Crew bersama DJ Anne Jacyntha dan Arnold Loh.
“Kepada sesiapa yang tidak menyenangi kehadiran kami, kami minta maaf. Tapi kami sayangkan kamu,” kata Chris Martin.
Pelantun Fix You itu malah mengaku sangat menyenangi rakyat Malaysia. Dia menyifatkan rakyat Malaysia mempunyai sikap penyayang dan sangat ramah.
“Setiap kali bertemu rakyat Malaysia saya boleh merasakan kehangatan sikap penyayang dan ramah.
“Semua orang dijemput datang (konsert). Kami sayang semua, semua jenis manusia dan agama.
“Untuk semua ketua mahupun pengikut, semuanya kami sayang. Kami mahu kamu semua datang ke konsert kami dan menikimati semuanya,” ujar Martin lagi.
Martin juga memberitahu sangat teruja untuk melakukan konsert di Malaysia memandangkan Coldplay tidak pernah membuat persembahan di sini dalam siri jelajah Asia yang dilakukan sebelum ini.
Coldplay dijadualkan bertemu lebih 85,000 peminat bukan saja dari Malaysia tetapi dijangka hadir dari negara Asia terdekat seperti Singapura dan Thailand di Stadium Bukit Jalil menerusi siri jelajah Spheres World Tour pada 22 November 2023 ini.