Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] “Kehilangan Orang Yang Paling Kita Sayang Adalah Lebih Seram Berbanding Hantu” – Pengarah Filem Halimun

Shahrin Zulkifle
08/11/2022 08:00 MYT
Pengarah dan penulis skrip, Muzzamer Rahman mendedahkan idea asal bagi menghasilkan filem Halimun adalah disebabkan kejayaan filem pendek arahannya yang terdahulu berjudul Nadia.

Jelas Muzzamer, dengan kejayaan Nadia telah menarik minatnya sekali lagi bagi menghasilkan sebuah filem dengan genre sama yang berunsurkan seram.

“Idea awal filem Halimun ini titik tolaknya daripada filem pendek yang pernah saya hasilkan pada 2015, tajuknya Nadia lakonan Beto Kusyairy.

“Bila saya buat cerita itu, membuatkan saya explore tentang filem seram dan menarik minat saya untuk hasilkan sebuah lagi filem seram.

“Daripada tahun 2015 itu membawa saya ke sini dan diberikan peluang untuk menghasilkan Halimun,” katanya kepada Gempak.

Muzzamer ditemui pada malam gala tayangan Halimun yang bertempat di TGV, Sunway Velocity Mall baru-baru ini.

Dalam pada itu, Muzzamer berkata jalan cerita yang ingin disampaikan dalam filem tersebut adalah mengenai perasaan seseorang yang kehilangan insan tersayang.

“Jujur katakan saya seorang yang agak penakut dan saya akui belum cukup bagus untuk hasilkan filem seram.

“Namun apa yang ingin disampaikan dalam filem ini sebenarnya perasaan kehilangan orang yang tersayang dalam hidup.

“Untuk saya kehilangan orang yang paling kita sayang adalah lebih seram berbanding hantu itu sendiri, begitulah sedikit sebanyak idea yang saya cuba terapkan dalam Halimun,” tambahnya.

Filem terbitan Azura Pictures itu membariskan pelakon tanah air seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim dan Puteri Balqis.

A post shared by Astro First (@astrofirst.official)

Sinopsis

Zahir bertemu dengan Laila ketika sebuah insiden yang tidak dijangka. Tidak lama kemudian Zahir berkahwin dengan Laila tanpa mengetahui latar belakang Laila. Setelah berkahwin, Zahir mengalami beberapa peristiwa aneh dan membuatkannya meminta bantuan sahabat lamanya, Adi iaitu seorang penyelesai masalah paranormal. Namun setelah Adi membantu Zahir dan Laila, keadaan menjadi lebih tidak terjangka.

Halimun bakal berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 5 November 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh strim di Astro Go atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro First, Astro Shaw dan Astro First.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Nabila Huda #Beto Kusyairy #Kodi Rasheed #Halimun #Filem Halimun