Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Kelibat Entiti Misteri Berselubung Serba Hitam Di Stadium Buat Netizen Seram

Asyikin Mayudin
04/08/2023 12:50 MYT
Tular video di laman sosial memperlihatkan entiti misteri yang duduk di tempat penonton ketika perlawanan antara pasukan PDRM menentang Selangor yang berlangsung di Stadium MBPJ pada malam semalam.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun rasmi Astro Arena, empat entiti tersebut memakai serba hitam tanpa memperlihatkan wajah mereka menarik perhatian penonton di stadium juga netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen berasa seram melihat kehadiran entiti tersebut malah ada juga berpendapat kemungkinan mereka itu hanya wanita biasa yang memakai burqa.

“Inilah pakaian yang dinamakan burqa… tak pelik dan tak salah pun kalau dia nak rasa suasana di stadium.

“Yeke peminat itu… bapa seram.

“Seram la… adui macam-macam la peminat ni,”komen beberapa netizen.

Sehingga kini, video yang memperlihatkan entiti itu juga sudah tular di TikTok disebabkan penonton yang hadir pada malam itu turut memuat naik di akaun laman sosial mereka.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada penjelasan mengenai kelibat entiti tersebut.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


#Entiti #Misteri #Rahsia #Entiti misteri