Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

[VIDEO]: “Kemah Keming Boh, Anak Ke-12” - Ustaz Azhar Idrus Dapat Baby! Ramai Ucap Tahniah, Puji Tak Sorok Wajah

Mya Amri 02/10/2022 | 22:09 MYT
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) baru sahaja menerima kehadiran cahaya mata baru-baru ini.

Berita itu dikongsi oleh SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu menerusi akaun Facebook rasmi mereka beberapa hari lalu dan posting itu mula menjadi viral pada Ahad.

“Tahniah buat Ustaz Azhar Idrus dan Puan Izyan atas kelahiran anak.

“Semoga Allah memberkahi anak ini untukmu dan menjadikannya orang berbakti dan bertaqwa. Terima kasih memilih kami, Ustaz Azhar Idrus,” tulis kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, satu video tular di platform TikTok pula menjadi perhatian netizen apabila gelagat Ustaz Azhar sewaktu bertemu bayi yang baru dilahirkan itu mencuit hati mereka.

Selain itu, ramai juga yang memuji Ustaz Azhar kerana tidak menyembunyikan wajah anaknya yang comel itu.

Tidak terhenti di situ, netizen juga turut mengusik Ustaz Azhar kerana mempunyai 12 orang cahaya mata.

“Ustaz ni mana-mana pergi pun masih lawak tak tinggal, tahniah ustaz dapat baby lagi,” tulis Hannah.

“Umur UAI baru 58, sudah semestinya masih berbisa, teringat arwah abah saya, umur 58 masih ada baby yang ketujuh,” coret Mazlina dengan emoji ketawa.

“Tahniah Uztaz! Relax je tunjuk muka anak, kalau tak jenuh kena susun puzzle,” komen Sakirin.

“Kemah keming boh, anak ke-12. Tahniah ustaz,” tulis Nurul.

Terdahulu, ustaz Azhar sememangnya terkenal sebagai seorang yang mementingkan privasi dan tidak begitu mendedahkan tentang keluarganya.

undefined
#Ustaz Azhar Idrus
;