Umum mengetahui, selebriti kontroversi, Suhaimi Saad merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam.

Pernah menganggotai kumpulan tersebut bermula tahun 1999, Suhaimi kemudian mengambil keputusan untuk mengundurkan diri pada 2005.

Namun, baru-baru ini, viral di platform TikTok sepotong video yang menampilkan Suhaimi ‘kembali’ menyanyi bersama empat anggota Ineam lain iaitu Syah, Hazamin, Hisyam dan Rahim.

Menerusi ruangan kapsyen akaun rasmi milik Inteam, Suhaimi dan empat lagi yang lain menjayakan persembahan bersama sempena dengan majlis perkahwinan pengurus kumpulan itu.

@inteam_official

Impian kasih LIVE di majlis perkahwinan pengurus kami. Biasa kami nyanyi berempat, kali ni berlima???. Cuba teka kami berduet dgn siapa??

♬ original sound - Inteam_Official

“Impian kasih live di majlis perkahwinan pengurus kami. Biasa kami nyanyi berempat, kali ni berlima. Cuba teka kami berduet dengan siapa,” tulis kapsyen berkenaan.

Menerusi ruangan komen, ramai yang tidak menyangkakan bahawa suara Suhaimi masih lagi merdu seperti dahulu.

Tidak kurang ada yang memuji anggota Inteam lain yang masih mampu menyanyi dengan baik.

“Walaupun dia kuban-kuban, suara dia sedap.”

“Ketepikan dulu bumi rata dia… Suara dia sedap.”

“Sedap weiii suara dia walaupun bumi rata.”

“Dari saya sekolah menengah. Sampailah umur saya dah 29. Kenapaa suara masih sama!? Sedapnya!”

“Suara masing-masing masih maintain…semoga semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik.”

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.