Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] : “Kena Tendang Dengan Kuda Orang Lain”- Ashraf Muslim Cedera Bahu Kiri, Anggap Sebagai Dugaan

Mya Amri
05/12/2022 02:53 MYT
Pelakon Ashraf Muslim berdepan detik cemas apabila terjatuh dan kemudiannya ditendang oleh seekor sewaktu melakukan aktiviti menunggang kuda dalam sebuah acara..

Ashraf memaklumkan perkara itu menerusi video terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“Pertama kena tendang dengan kuda orang lain. Kedua, kuda sendiri stumble, best moment. I will come again,”tulisnya.

Video iti turut merakamkan Ashraf sedang berbaring di dalam sebuah ambulan dengan bahagian tangannya beranduh.

Bagaimanapun Ashaf menjelaskan insiden itu tidak membuatkan dirinya serik sebaliknya menganggap kejadian itu sebagai dugaan.

No pain no ride. Tunggu sebulan lagi, once dah recover, insya-Allah kita ride semula. Apa-apa pun terima kasih kepada yang membantu dan alhamdulillah pihak perubatan untuk event kali ini.

“Sangat mesra dan pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu yang sungguh cekap dan teliti serta mesra dengan pesakit.

“Terima kasih doktor-doktor dan nurse. Dan tak lupa yang sangat-sangat membantu iaitu Che penn dan team @pennendurance yang sangat baik dan bersungguh-sungguh serta sangat prihatin terhadap saya.

“Mungkin kali ni takde peluang untuk saya habiskan 40km. Tapi berbekalkan semangat yang ada, i will fight for that.

“Doakan saya dan saya doakan kalian semua dimurahkan rezeki dan diberkati Allah S.W.T. Amin,” tulisnya.

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)


Dalam pada itu menerusi ruangan komen pula, Ashraf memberitahu dia mengalami sedikit kecederaan di bahagian bahu kiri dan kaki kanan.


Selain Ashraf, antara selebriti yang pernah mengalami kecederaan kerana aktiviti lasak seperti ini adalah Faizal Tahir.

Faizal pernah dilambung setinggi tujuh kaki sebelum jatuh sewaktu menjalani penggambaran muzik video berjudul Nobody sekitar tahun 2020.

#Ashraf Muslim #Cedera #Kuda #Jatuh Kuda #Tunggang Kuda #Kuda Tendang