Laman Utama

[VIDEO] "Kenapa Bila PM Pakai Batik Tempatan Tak Ada Siapa Ambil Peduli?" - Pengasas Batik Viral Raifili

gempak
Amri Hassan
29/06/2022
04:20 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] "Kenapa Bila PM Pakai Batik Tempatan Tak Ada Siapa Ambil Peduli?" - Pengasas Batik Viral Raifili
Pengasas jenama batik tempatan, Raifili, Siti Fitryah Harun, 32, kecewa dengan sikap segelintir netizen yang sengaja mencari kesalahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memakai kemeja jenama mewah seperti yang tular baru-baru ini.
Kata Siti Fitryah menerusi hantaran di akaun TikToknya, MamaCT RAIFILI, dakwaan netizen bahawa Ismail Sabri terlalu mengagungkan jenama mewah antarabangsa kurang tepat.
Malah, Ismail Sabri sendiri pernah mengenakan baju rekaannya ketika sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang berlangsung di Melaka hujung Mei lalu.
"Harganya pula jauh lebih murah daripada pakaian jenama mewah seperti yang tular itu," pintas pengasas Raifili itu.
@mamact_raifili dia pakai jaa?? korg pertikai yg mahal ja? #fyp #kisahrakyat ♬ original sound - MamaCT RAIFILI❤️
Terdahulu, kecoh apabila Ismail Sabri mengenakan sehelai pakaian mewah dengan harga mencecah RM7,000. Hal ini mencetuskan perdebatan hangat antara netizen ekoran kegawatan ekonomi malaysia yang melanda sekarang.
Dalam masa sama, netizen menyarankan PM sepatutnya membanggakan produk atau jenama lokal seperti pemakaian batik tempatan.
Menurut Siti Fitryah lagi, dia teruja dan bangga apabila melihat Ismail Sabri sendiri sudi menyokong dan menggunakan jenama tempatan dan batik moden.
"Susulan itu, Kempen 1 Juta Batik Percuma kepada satu juta penjawat awam di Malaysia telah pun diperkenalkan. Setakat ini sudah lebih 300,000 penjawat awam sudah menebus batik percuma menerusi kempen ini.
"Usaha dan amal kecil ini memberi semangat untuk kami memperkenalkan jenama ini sekaligus dapat membantu memartabatkan pemakaian batik moden Malaysia dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat Malaysia
"Penjawat awam boleh menebus batik percuma melalui pengedar sah Raifili atau di laman sesawang https://1jutabatikpercuma.raifili.com. Cara-cara menebus batik ini juga ada di pautan berkenaan. Terima kasih juga untuk rakyat Malaysia yang masih lagi sedar akan kepentingan memartabatkan jenama tempatan dan pemakaian batik dalam kalangan rakyat," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live