Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] “Kenapa Comel Sangat”- Bersilat Selepas Tonton Mat Kilau, Netizen Puji Ebit Lew ‘Sporting’!

Syafiqah Jalal
30/06/2022 13:43 MYT
Aksi pendakwah bebas, Ebit Lew menunjukkan aksi silat yang difahamkan selepas menonton filem Mat Kilau di pawagam telah menarik perhatian netizen.

Menerusi video yang dikongsikan ke akaun Instagram miliknya, dia yang ketika itu sedang berjalan tiba-tiba membuka langkah untuk bersilat dengan seorang lelaki yang bersamanya.

Dalam video itu, Ebit dilihat bergambar bersama poster Mat Kilau yang kini jumlah tontonannya sudah pecah panggung dengan mencatat kutipan RM16 Juta dalam masa 5 hari tayangan yang lalu.

“Mencari kekuatan carilah Allah,” tulis Ebit dalam kapsyen.

Hantaran berkenaan mendapat perhatian netizen yang menyifatkan Ebit sebagai pendakwah yang ceria dan santai.

“Kenapa comel sangat,” tanya salah seorang pengikutnya.

“Wah ustaz pun dah keluar silat selepas tengok Mat Kilau,” komen salah seorang netizen.

“Haha kelakar ustaz,” kata salah seorang warga maya.

Filem epik Melayu, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan sutradara Syamsul Yusof itu dibaris pelakon seperti Adi Putra, Fattah Amin, Jallaludin Hassan, Beto Kusyairy, Johan Asa'ri dan Wan Hanafi Su.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

#Netizen #Mat Kilau #Ebit Lew #Ustaz #Wayang #Sporting