[VIDEO] “Kenapa Noh Macam Ni, Dia Frust Ke?” - Netizen Kecewa Lihat Gaya Noh Catwalk Sambil Pegang Rokok Di KL Fashion Week
Shahrin Zulkifle
22/08/2022 10:30 MYT
22/08/2022 10:30 MYT
Penampilan penyanyi Noh Salleh di pentas acara fesyen terkemuka, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 baru-baru ini telah mengejutkan mata-mata yang melihat apabila dia ‘catwalk’ sambil memegang sepuntung rokok di tangan.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik pengguna TikTok, @Budiey, tindakan vokalis kumpulan Hujan itu telah mencetuskan reaksi kurang senang wargamaya.
Biarpun penampilan Noh itu dipercayai membawa imej ‘bad boy’ namun segelintir netizen dilihat memberikan reaksi kecewa mereka di ruangan balas.
“Allah, kenapa Noh macam ni, aku nak Noh yang dulu.
“Kenapa noh macam ni, adakah die frust?
“Mungkin dia dah bosan menjadi seorang yang baik? Agaknya lah,” antara komen yang ditinggalkan.
Dalam pada itu, Noh dilihat berjalan santai sambil megayakan baju jenama streetwear tempatan, Super Sunday dan lengkap berkaca mata hitam pada acara tersebut.
Sementara itu, sesetangah pengguna laman Tiktok yang lain turut memuji penampilan Noh dipentas megah KLFW dengan menganggap Noh kelihatan ‘stylo’.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima lebih satu juta tontonan dan 86,000 tanda suka.
undefined
Untuk info, KLFW merupakan sebuah platform untuk pereka Malaysia mempersembahkan dan mempamerkan koleksi siap pakai mereka, dengan harapan dapat menonjolkan kekuatan dan kreativiti Industri Fesyen Malaysia kepada pengguna tempatan dan antarabangsa.