,
Laman Utama

[VIDEO] Kerap Ditanya Mengenai Ex Boyfriend, Kasih Iris Leona; “Jangan Salah Faham, Dia Seorang Yang Baik Tapi…”

Asyikin Mayudin
27/12/2022
23:50 MYT
Pempengaruh Kasih Iris Leona mula berasa rimas apabila kerap menerima pertanyaan daripada ramai pihak mengenai bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Ryan.
Memohon semua pihak berhenti mengaitkan dirinya dengan Ryan, Leona berkata dia dan bekas teman lelakinya itu kini sudah tidak lagi berhubung antara satu sama lain.
“Kehidupan saya banyak berubah sejak kali terakhir saya buat video bercakap seperti ini di akaun TIkTok. Ramai orang bertanya kepada saya mengenai saya dengan bekas kekasih.
“Kami tidak lagi bercakap dan kami tak berkawan dah. Jadi, saya harap tiada seorang pun yang akan sebut mengenai dia kepada saya lagi. Saya tak tertarik lagi fasal dia.
“Semua orang macam nak tahu apa yang terjadi. Tidak, anda tak perlu tahu. Jadi, berhenti kaitkan saya dengan dia,” jelasnya.
Malah anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini mengakui dia berasa lebih gembira dengan kehidupannya sekarang yang di kelilingi orang-orang yang hebat.
Selain itu, Leona memberitahu biarpun bekas kekasihnya itu seorang yang baik namun lelaki tersebut sudah berada di masa lalunya.
“Saya gembira, seperti saya sangat gembira dengan kehidupan saya sekarang dan orang di sekeliling saya juga sangat amazing!
“Jangan salah faham, bekas kekasih saya seorang yang baik tapi dia sudah berada di masa lalu saya,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Leona sekali lagi berharap semua pihak berhenti bertanyakan mengenai bekas kekasih selain turut menegaskan dirinya masih belum bertemu dengan orang baharu.
“Jangan tanya saya lagi ok. Dia seorang yang baik tapi kami jalani kehidupan yang berbeza sekarang dan tidak, saya tidak berjumpa dengan orang baharu,” katanya.
Sekitar September lalu, Leona turut mengesahkan hubungannya dengan teman lelakinya bernama Ryan sudah berakhir sejak Oktober.
Biarpun mereka sudah berpisah, namun Leona sempat meluangkan masa bersama bekas kekasihnya sebelum terbang ke luar negara.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
@leonathe2nd
don’t ask me anymore ok he was a good person but we are living different lives now and no, i am not seeing anyone new bye ?♬ original sound - le yoooooooo na
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Sedia Berkahwin Lepas Tamat Pengajian, Leona Mahu Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa - "Saya Hanya Nak Menjadi Seorang Ibu"

gempak
21/08/2024
13:25 MYT
Pempengaruh dan anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona, mendedahkan hasratnya untuk bergelar suri rumah tangga dan ibu sepenuh masa.
Hiburan

Letak ‘Standard’ Tinggi Terhadap Lelaki, Leona Sukar Cari Jodoh - “Gigi Kena Teratur, Rupa Saya Tak Kisah Sebab Kebanyakkan Bekas Kekasih Bukanlah Kacak”

gempak
12/08/2024
02:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona mengakui disebabkan dia meletakkan ‘standard’ yang tinggi terhadap seseorang lelaki telah menyukarnya untuk mencari pasanganh hidup.
Viral

Didakwa Hangat Bercinta, Leona & Gabriel Prince Tampil Ulas Status Hubungan Terkini - "Sebenarnya Kami ..."

gempak
06/08/2024
08:27 MYT
Dikatakan sedang bercinta dengan penyanyi berasal dari Indonesia, Gabriel Prince, personaliti media sosial yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona tampil menjelaskan status perhubungannya.
Hiburan

“Sebelum Sembahyang Subuh, I Terfikir Nak Batalkan Perkahwinan” - Azhar Sulaiman

gempak
24/06/2024
02:55 MYT
Pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan dia pernah hampir nak membatalkan majlis perkahwinan dengan isterinya Chempaka Emalin Pahamin.
Viral

Leona Dah Buat ‘Check Up’, Rasa ‘Annoying’ Netizen Asyik Cakap Fasal Tiroid - “Yang Tebal Itu Adalah Lemak, Saya Tak Sakit!”

gempak
19/06/2024
01:55 MYT
Kerap menerima pertanyaan yang sama, pempengaruh media sosial Kasih Iris Leona memberi amaran terakhir kepada netizen agar tidak lagi bercakap mengenai bentuk lehernya yang didakwa menghidap penyakit tiroid.