Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Kereta Masuk Gaung, Tangan Besar Keluar Daripada Tingkap Kereta Buat Netizen Ketakutan!

Azwa Rahman
14/08/2019 10:41 MYT
Satu kemalangan kereta yang berlaku di Gombak menarik perhatian netizen apabila ada penampakan tangan yang kelihatan ganjil.

Difahamkan, kejadian melibatkan sebuah Perodua Viva terbabas ke dalam gaung berdekatan Jalan Gombak Lama, susur naik ke Genting Sempah pada Sabtu.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi satu video kereta tersebut sedang ditarik keluar daripada gaung.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah pada minit ke 0.42 saat, kelihatan satu tangan besar berwarna putih yang keluar daripada tingkap kereta terbabit.

Tangan besar yang seakan-akan tangan hantu itu dilihat seperti membuang sesuatu keluar daripada tingkap dan kemudiannya menghilang.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen kerana rata-ratanya ketakutan melihat sosok tangan terbabit.

“Ni kejadian menimpa kawan aku. Sekampung pula tu. Sebelum terbabas dia cakap ada sesuatu menarik stereng dia dgn tiba-tiba. Dalam tu ada empat orang, Alhamdulillah selamat,” komen seorang netizen menceritakan kejadian sebenar.

“Kalau zoomkan, nampak tiga jari je weh ke aku je nampak?” tanya seorang netizen.



“At first I thought I just saw a cloth being stucked to a branch. But then, I saw something like a hand that just let that thing go? Wtf. This some creepy shit right there,” komen seorang netizen ketakutan.

“First time saya tengok semalam nampak macam tangan. Bila dah tengok berkali-kali, nampak macam kain. Benda yang terjatuh tu tersangkut pada kain tu. Bila kereta ditarik, kain tu pun tertarik ke dalam sama dan yang tersangkut tu pun jatuh,” ujar seorang netizen.

Video tersebut sehingga kini menerima 220,000 tontonan dan hampir 7,000 ulang kicau.
#Viral #Kemalangan #Viral #Seram