Laman Utama

[VIDEO] “Kesian Pulak Tengok Dia Dipergunakan” - Netizen Kecewa Lihat Ratu Berjoget Sakan Untuk Lagu Baharu Aliff Syukri?

Izwan Isa
08/08/2022
02:50 MYT
Selepas menerima kecaman yang agak teruk ketika melancarkan lagu raya, Kelepok Raya tiga bulan lalu, sekali lagi Datuk Aliff Syukri dilihat ‘bakal’ mengalami nasib yang berulang.
Menerusi kemas kini terkini di Instagram, pelakon filem Badang itu seperti memberi bayangan bahawa dia bakal meluncurkan sebuah single tidak lama lagi.
Di ruangan kapsyen di hantaran video berkenaan, Aliff turut meminta peminat dan pengikut untuk meneka artis yang turut bergelar rakan duet menerusi kolaborasi berkenaan.
Selain itu, Aliff turut memberitahu yang lagu berkenaan juga bakal menampilkan lima artis viral nombor satu di Malaysia setakat ini.
“Nantikan lagu terbaharu saya, Baby Sayang, lagi 10 hari. Cuba teka saya berduet dengan siapa? Tekaan yang tepat saya kasi hadiah.
“Nantikan lagu terbaharu saya yang menampilkan lima artis viral nombor satu Malaysia,” tulisnya.
Pada video yang dikongsi, kelihatan dua wanita yang bertudung ligat menari mengikut rentak lagu. Difahamkan, salah seorang wanita tersebut adalah Ratu Farah Diva.
“Itu Ratu yang dekat TikTok tu ke? Kesian pulak tengok dia dipergunakan… ada yang buat lagu pelik-pelik la… ni buat video terkinja-kinja pulak.”
“Dah tua sis. Boleh fikir mana yang elok mana tak elok. Takda istilah diperguna dah diri sendiri suka macam tu.”
“Dia sengaja cari orang macam tu supaya ikut kepala dan perangai dia… bukan nak bentuk budak tu jadi elok… apo lah guna kan orang untuk marketing sendiri.”
Terdahulu, Aliff menerima kecaman apabila klip video lagu Kelepok Raya menampilkan elemen-elemen LGBT.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Single ‘Madu Dua’ Dikritik Hingga Netizen Komen Takut Berbalik Pada Diri Sendiri, Wany Hasrita Tampil Beri Respons

gempak
12/07/2024
08:55 MYT
Penyanyi Wany Hasrita tampil memberi respons susulan single terbaharunya berjudul Madu Dua dikritik netizen baru-baru ini.
Viral

Saran Angkat Call Boss Luar Waktu Kerja, Ramai Tak Setuju Dengan Aliff Syukri - “Kena Ingat, Pekerja Pun Nak Juga Waktu Rehat”

gempak
16/06/2024
08:00 MYT
Saranan usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri berkenaan pekerja harus sentiasa bersedia menerima panggilan daripada majikan ketika di luar waktu bekerja nampaknya tidak dipersetujui netizen.
Hiburan

Ara Johari ‘Rebranding’ Genre Muzik, Single Baharu 100% Berbeza Daripada Karya Sebelumnya

gempak
12/04/2024
12:55 MYT
Penyanyi Ara Johari bakal mempersembahkan sisi yang berbeza sebagai seorang penyanyi menerusi single baharu yang bakal dilancarkan kelak.
Laman Utama

“Kalau Boleh Setia Satu Isteri Setialah, Nak Jaga Dua Bukan Senang” - Nasihat Aliff Syukri Untuk Para Suami!

gempak
28/11/2023
04:00 MYT
Kali ni ramai yang sokong Aliff Syukri.
Laman Utama

[VIDEO] Aliff Syukri Tunai Haji, Ramai Doa “Semoga Dipermudahkan, Harap Tak Ada Lagi Video Mengarut Lepas Ni”

gempak
22/06/2023
06:45 MYT
Netizen harap Datuk Aliff fokus beribadah.