[VIDEO] Khas Untuk Bakal Pengantin & Yang Nak Cari Jodoh, Ini 5 Tanda Lelaki Tahan Lama & Subur
Asyikin Mayudin
29/07/2023 09:42 MYT
29/07/2023 09:42 MYT
Bila nak mencari pasangan, bukan sahaja kita melihat dari segi latar belakang keluarga dan akhlaknya sahaja tapi kenalah pastikan dia juga seorang yang sihat.
Seorang doktor perubatan yang dikenali di TikTok iaitu Dr Raihana Ismail berkongsi 5 tanda lelaki subur tanpa melihat pada berapa bilangan kuantiti dan kualiti sperma.
Menerusi perkongsian itu, Dr Raihana berkata ia boleh dikesan melalui tanda-tanda daripada luaran sahaja.
#1. Tengok pada perut
Kalau dia punya ukur lilit pinggang bawa 40 inci itu menandakan hormon testosteron dia okay ngam cun. Kalau lebih dari 40 inci, itu menandakan hormon estrogen palsu dalam badan dah start banyak, jadi hormon testosteron dia dah menurun.
Sebab estrogen palsu sifat adalah memerangkap lemak dekat perut.
#2. Tak ada payudara
Maksudnya flat la tak semestinya dia kena bina badan. Kalau bina badan itu lain cerita la. Tak ada pengumpulan lemak berlebihan dekat payudara.
#3. Tengok pada muka
Lelaki hormon testosteron, bila dia tengah baligh, secondary sexual development dia hormon testosteron itu bagi kesan kepada bawah itu dan juga pada muka.
Jadi, kalau muka dia terlebih maskulin, muka atau jaw dia macam besar, contoh bentuk muka lebih besar, lebih broader (rahang), itu menandakan hormon testosteron dia digunakan berlebihan dekat area muka berbanding dekat bawah.
#4. Pemilihan makanan
Kalau dia suka makan ikan, kualiti itu okay. Tengok pada habit dia kalau dia suka makan ikan. Sebab ikan adalah sumber omega 3 semula jadi. Bukan ikan bersumber omega 6, contoh macam ikan keli, patin baung itu lain.
Itu tak berapa digalakan untuk hormon sebab bila omega 6 berlebihan menyebabkan pengumpulan kolesterol, lemak berlebihan dalam pembuluh darah dan bila kolestrol banyak, lemak banyak akan mimik kepada hormon estrogen.
Jadi, lelaki tidak perlu ada banyak hormon estrogen. Sebab estrogen kalau berlebihan akan merendahkan hormon lelaki. Lebih-lebihkan makan ikan selepas ini, nanti senang nak cari jodoh. Ikan fresh, bukan ikan sardin!
#5. Pandai kawal marah
Tak cepat stres, kalau cepat stres maknanya hormon lelaki kurang. Sebab kita tahu penghasilan ibu kepada hormon stres dengan ibu kepada hormon seksual lokasi sama terletak atas buah pinggang kelenjar adrenal.
Jadi kalau stres hormon cortisol akan meningkat, hormon seksual akan turun.
Carilah lelaki yang bukan pemarah!
Kredit gambar utama - SHUTTERSTOCK
Kredit gambar utama - SHUTTERSTOCK
BACA SINI: Kerana Terlalu Subur, Doktor Selalu Sarankan Iqbal Untuk Kahwin Cepat - “Doktor Risau Saya Menjadi Stres”
undefined