Bahang filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3 kian terasa apatah lagi lagu runut bunyi (OST) berjudul Ayuh yang dinyanyikan oleh Malique, Ernie Zakri dan penyanyi rap Aman Ra serta Kmy Kmo menjadi siulan.

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu video muzik (MV) untuk lagu yang menggabungkan penyanyi yang mempunyai vokal yang hebat itu.

Bertambah teruja apabila video memperlihatkan disebalik tabir (BTS) pembikinan video muzik lagu Ayuh sudah dimuat naik di akaun TikTok Astro Shaw Official.

Video tersebut memaparkan Ernie dan Kmy Kmo sedang melakukan salah satu babak mereka dalam MV lagu tersebut.

“Sekarang ini kita baru selesai yang bahagian yang best juga… lepas ini lagi dahsyat la. Dia nak bagi kepala saya berdarah. Demi Ayuh Polis Evo, sampai berdarah kepala Kmy Kmo.

“Jangan lupa tengok muzik video Ayuh,” kata Kmy Kmo menerusi video tersebut.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja selain turut berharap penyanyi rap terkenal Malique turut serta dalam MV lagu tersebut.

“Bawa real Malique sekali dalam MV ni. Kami tak mahu fake Malique macam show haritu.

“Tak sabar nak tunggu part Malique.

“Wah tak sabar ni… mesti MV gempak!” komen beberapa netizen.

Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu terus mengekalkan pemeran utama iaitu Zizan Razak yang membawakan watak Inspektor Sani dan Shaheizy Sam yang membawa watak Inspektor Khai.

Nantikan filem Polis Evo 3 di pawagam seluruh Malaysia pada 25 Mei ini.

Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi yang lebih besar dan mencabar! #JagaJagaBoh.

@astroshawofficial Ada yang tak sabar ke nak tengok music video ayuh? ?? #liveupdateastroshaw ♬ original sound - Astro Shaw